44 kereta dalam bengkel musnah terbakar
SEREMBAN - Sebanyak 44 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam tadi.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz
berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah malam dan tiba
dilokasi kejadian 39 minit kemudian.
Katanya seramai 11 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Kampung Ribu, Kuala Sawah.
"Sebaik tiba dilokasi kebanyakan kereta yang diletakkan di perkarangan
bengkel itu sudah pun terbakar. Pada awalnya kami menjangkakan hanya
belasan kenderaan sahaja terbakar.
"Namun selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya iaitu sejam kemudian
(2.06 pagi), kami mendapati jumlah kenderaan yang musnah semakin
bertambah iaitu sebanyak 44 kereta," katanya ketika dihubungi Bernama di
sini, hari ini.
Badroltamam berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment