Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

waw Malaysia negara kuku besi ?

Negara jadi ‘penjara’ untuk penentang Najib
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM -  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis menyebut negara ini bakal menjadi ‘penjara’ besar kepada sesiapa sahaja yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pasport itu keistimewaan. Termaktub dalam Perlembagaan. Perlembagaan dan undang-undang juga menyebut, jika kamu tidak memuji Najib, pasport kamu akan dirampas.

“Sekarang negara akan menjadi ‘penjara’ besar kepada semua yang menentang Najib kepada media asing di luar negara,” katanya dalam catatan blognya, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan terdapat peruntukan di bawah Jabatan Imigresen iaitu mana-mana individu mengkritik kerajaan tidak dibenarkan ke luar negara dan kebenaran untuk ke luar negara merupakan satu keistimewaan bukannya hak.

Pada 15 Mei lalu, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dilaporkan tidak dibenarkan berlepas ke Korea Selatan.

Melalui catatan sama, Mahathir sekali lagi secara sinis turut berikrar untuk memuji Najib ketika beliau berkunjung ke luar negara.

“Saya jadi contoh dengan memuji Najib dan RM2.6 bilion di dalam akaunnya setinggi langit apabila ke luar negara. Sebarang ucapan saya di luar dan jawapan saya kepada mana-mana media asing akan mengetengahkan soal penahanan dan penangkapannya yang demokratik,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Semoga Umno akan hancur rebah ke bumi lapisan ke tujuh..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.