Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERIKANLAH KU LI BEREHAT DAN BERIBADAT


‘Ku Li perlu kekal di Gua Musang’
‘Ku Li perlu kekal di Gua Musang’
Sheikh Razali (tengah, hadapan) bersama Ku Li (empat, kanan) dan pimpinan belia setempat ketika membuat kunjungan hormat di pejabat Ahli Parlimen itu di Gua Musang.

GUA MUSANG - Pemuda Umno Bahagian menyatakan pendirian teguh untuk terus menyokong kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang.

Ketuanya, Sheikh Razali Sheikh Hamat menegaskan, Pemuda Umno mahu Ku Li terus mengekalkan jawatan kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk membimbing barisan kepimpinan muda.

“Kami masih mahu Ku Li terus berkhidmat kerana jasanya yang sangat besar, malah kredibilitinya menjadikan Umno Gua Musang kekal kukuh.

"Pemimpin yang boleh beri kemenangan kepada perjuangan perlu kita kekalkan. Lagipun beliau masih sihat walaupun usianya mencecah 79 tahun. Nabi Muhammad SAW pun berkhidmat sehingga ke akhir hayat baginda.” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Ku Li yang mahu berundur pada PRU14 yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat sehingga ramai tokoh mula diperkatakan untuk menggantikan tempat beliau.

Menurut Sheikh Razali, sekiranya Ku Li benar-benar mahu bersara, pengganti beliau mestilah menjadi pilihan rakyat Gua Musang.

“Calon perlu penuhi ciri kepimpinan seperti jujur, amanah, tidak sombong, tidak menunjuk kekayaan, faham denyut nadi rakyat dan bukan calon payung terjun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat Pemuda Umno ke pejabat Ku Li, kelmarin. Turut serta, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan, Azmawi Fikri Abd Ghani dan Presiden Majlis Belia Felda Gua Musang, Mohd Norfazly Daud.

6 orang berkata:

Anonymous said...

mungkin tn hj baghal al-paspispus tak tau kot duit songlap si mamat tu buat modal main judi kat vegas

Ir Anonymous said...

Hidup asyik nak memfitnah... Tenangkah hidup anda ?

Anonymous said...

Tolong bg tau tg hj baghal tu. Judi tu haram. Jgn sokong org guna duit utk bayar hutang judi di vegas. Group org berjudi misti ditentang.

Anonymous said...

Tolong bagitahu hj baghal, usa bukan nak campur tangan kat mesia. Usa cuma rampas harta org luar yg beli harta cara tipoo kat negara diaorg. Suruh hj baghal tu belajar undang2 yer...

Anonymous said...

Tenangkah hidup hj baghal al-fus klu dah membarua dan memfitnah orang tokey pil kuda?

Anonymous said...

Fuyoooo...dapat duit free bole beli jet peribadi. Kaya giler emak mamat neh

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.