‘Ku Li perlu kekal di Gua Musang’
GUA MUSANG - Pemuda Umno Bahagian menyatakan pendirian teguh untuk
terus menyokong kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Ahli
Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang.
Ketuanya, Sheikh Razali Sheikh Hamat menegaskan, Pemuda Umno mahu Ku Li
terus mengekalkan jawatan kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk
membimbing barisan kepimpinan muda.
“Kami masih mahu Ku Li terus berkhidmat kerana jasanya yang sangat
besar, malah kredibilitinya menjadikan Umno Gua Musang kekal kukuh.
"Pemimpin yang boleh beri kemenangan kepada perjuangan perlu kita
kekalkan. Lagipun beliau masih sihat walaupun usianya mencecah 79 tahun.
Nabi Muhammad SAW pun berkhidmat sehingga ke akhir hayat baginda.”
katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Ku Li yang mahu berundur
pada PRU14 yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat sehingga ramai
tokoh mula diperkatakan untuk menggantikan tempat beliau.
Menurut Sheikh Razali, sekiranya Ku Li benar-benar mahu bersara, pengganti beliau mestilah menjadi pilihan rakyat Gua Musang.
“Calon perlu penuhi ciri kepimpinan seperti jujur, amanah, tidak
sombong, tidak menunjuk kekayaan, faham denyut nadi rakyat dan bukan
calon payung terjun,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat Pemuda Umno ke pejabat
Ku Li, kelmarin. Turut serta, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan, Azmawi
Fikri Abd Ghani dan Presiden Majlis Belia Felda Gua Musang, Mohd
Norfazly Daud.
6 orang berkata:
mungkin tn hj baghal al-paspispus tak tau kot duit songlap si mamat tu buat modal main judi kat vegas
Hidup asyik nak memfitnah... Tenangkah hidup anda ?
Tolong bg tau tg hj baghal tu. Judi tu haram. Jgn sokong org guna duit utk bayar hutang judi di vegas. Group org berjudi misti ditentang.
Tolong bagitahu hj baghal, usa bukan nak campur tangan kat mesia. Usa cuma rampas harta org luar yg beli harta cara tipoo kat negara diaorg. Suruh hj baghal tu belajar undang2 yer...
Tenangkah hidup hj baghal al-fus klu dah membarua dan memfitnah orang tokey pil kuda?
Fuyoooo...dapat duit free bole beli jet peribadi. Kaya giler emak mamat neh
Post a Comment