Pas tiada pilihan, kena juga kerjasama
PUTRAJAYA - Pas tidak mempunyai pilihan lain bagi menghadapi pilihan
raya selain bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan parti baharu yang
bakal diwujudkan oleh bekas pemimpin Umno bagi mempertahankan Kelantan.
Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Pas
mengambil pendekatan enggan bekerjasama dan bersendirian, nasib Kelantan
bakal terlepas ke tangan pihak lain.
“Kalau Pas bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga
penjuru. Ini bermakna bahawa Pas bakal kehilangan Kelantan.
“Saya bukan Tuhan yang tahu tentang masa depan Pas tetapi dalam pilihan
raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada PRN
Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang,” katanya
ketika ditemui selepas sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana,
semalam.
Mengulas penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad, Mahfuz berkata: “Semua yang hadir hari ini (semalam)
adalah dari kalangan mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat. Bagi
bekas pemimpin Umno, mereka perlu satu parti baharu bagi menghimpunkan
pengikut-pengikut mereka.
“Parti baharu ini perlu bekerjasama dengan parti-parti sedia ada bagi tujuan mengalahkan BN," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata,
penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin Umno merupakan perkembangan
baharu politik tanah air.
“Saya tidak nampak sebarang masalah. Itu usaha positif dalam tumpuan
mengalahkan BN dan konteks menukar perdana menteri,” katanya.
Namun begitu, beliau berkata, isu penubuhan parti baharu tidak
dibincangkan secara terperinci sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Selamatkan
Malaysia.
Bagi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Naib Presiden Umno, Datuk
Seri Shafie Apdal berkata penubuhan parti baharu adalah positif serta
menyerahkan kepada Mahathir sebagai pembuat keputusan.
2 orang berkata:
Tak ada faedah pun klu pas masuk pembabgkabg. Pas patut masuk bn..
Itu kata mafuz .dah kena dedak madey and mukriz ko?
Post a Comment