Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUKUM TENTERA SEKULAR, TEMBAK MATI


Najib minta rakyat Malaysia di Turki bertenang
turki
Polis Turki menahan tentera Turki di Dataran Taksim di Istanbul, Turki, hari ini. - Foto EPA

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia yang terkandas di Turki, berikutan cubaan rampasan kuasa tentera di negara itu, supaya sentiasa bertenang dan menjaga keselamatan diri.
Perdana menteri turut menggesa rakyat Malaysia di Turki supaya sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Ankara untuk bantuan selanjutnya.

"Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi keadaan di Turki. Kedutaan Malaysia di Ankara boleh membantu jika anda memerlukan bantuan atau ada pertanyaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya sanggup mati pertahan Turki']
  
"Mereka boleh dihubungi di talian +(90)3124463547 atau +(90)3124463548," kata Najib menerusi mesej Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 27 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul manakala lebih 100 lagi berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara, Turki.
  
Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan, bagaimanapun Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.
    

Erdogan menyalahkan cubaan rampasan kuasa yang sedang berjalan itu ke atas pergerakan yang diketuai cendekiawan Islam Turki Fethullah Gulen yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menurut laporan media antarabangsa. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.