'Saya sanggup mati pertahan Turki'
ANKARA - TURKI. Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau sanggup
mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi mempertahankan Turki daripada
tindakan tidak bertanggungjawab segelintir tentera yang cuba melakukan
rampasan kuasa ke atas kerajaannya pada Jumaat pagi.
Erdogan berkata, Turki adalah segala-galanya baginya dan untuk itu
nyawanya boleh menjadi galang ganti sekiranya 'itu yang diperlukan'
untuk memastikan keamaan kembali di Turki.
"Bendera Turki merupakan penghormatan kepada saya, negara saya
merupakan penghormatan kepada saya dan saya bersedia untuk mati bagi
mempertahankannya," katanya seperti dipetik CNN.
Erdogan berkata, penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan bagi
menangkap pegawai tentera yang bersikap tidak bertanggungjawab bagi
menggulingkan kerajaannya.
0 orang berkata:
Post a Comment