Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ow, cina DAP jahat ? Cina MCA baik ?


Parti baharu: Rakyat sudah letih!
Parti baharu: Rakyat sudah letih!
Sin Woon sambil diperhatikan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh menandatangani pluk pada Majlis Perasmian Dewan Terbuka dan Gelanggang Bola Keranjang SJKC Lum Hwa, di sini. - Foto Sinar Harian

SABAK BERNAM – Pemuda MCA beranggapan penubuhan parti politik baharu adalah kebebasan mana-mana pihak, namun menegaskan bahawa rakyat sudah letih melihat pergolakan politik tidak tentu hala yang dicetuskan pembangkang di negara ini.

Ketua Pemudanya, Senator Chong Sin Woon berkata, rakyat sudah jemu untuk menyokong parti-parti politik yang tidak mempunyai matlamat perjuangan jelas untuk membela nasib rakyat secara keseluruhannya.


“Kalau ada politik baru yang ditubuhkan Tun (Mahathir Mohamad), saya tak tahu apakah objektif penubuhannya melainkan hanya untuk menjatuhkan BN semata-mata,” katanya pada sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lum Hwa, di sini.


Terdahulu, Sin Woon hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Terbuka dan Gelanggang Bola Keranjang di sekolah itu.


Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, terlalu banyak isu-isu yang dipolitikkan pembangkang seperti tuduhan dan tomahan palsu yang tidak betul bagi memburuk-burukkan kerajaan pimpinan BN.


“Rakyat mulai sedar bahawa politik maki-hamun yang dipraktikkan oleh pembangkang itu tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak.


“Rakyat mahu sebuah kerajaan yang stabil, bertanggungjawab dan boleh menjaga kebajikan rakyat semua kaum.


“Jadi kita melihat sokongan masyarakat Cina mula  kembali kepada BN khususnya dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil (Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar) yang menampakkan bahawa itulah hasrat rakyat inginkan kestabilan politik yang progresif,” katanya.


Ditanya tentang kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim yang mendakwa DAP sentiasa terbuka untuk menerima apa jua cadangan pelbagai pihak termasuk usaha untuk mewujudkan kembali kerjasama dengan Pas, Sin Woon berkata, jika kerjasama itu terjalin kedua-dua parti ibarat menampar muka mereka sendiri.


“DAP dan Pas pernah bekerjasama empat kali, iatu pada 1990, 1999, 2008 dan 2013.

“DAP dan Pas dah biasa kerjasama bercerai, kerjasama, bercerai..semuanya kerana kepentingan politik saja sebab mereka tak ada satu landasan perjuangan yang sama. Tak mungkin untuk parti-parti yang jauh berlainan (ideologi politik) ini untuk bekerjasama,” katanya.


Beliau berkata, DAP dan Pas tidak sehaluan dalam banyak perkara khususnya pertelagahan mereka dalam isu menteri besar di Selangor.


“Kita lihat di Selangor pun kucar-kacir sebab isu pertukaran menteri besar yang mana Pas tak setuju DAP pula setuju. Sekarang timbul pula ura-ura nak tukar menteri besar lagi.


“Selepas DAP putus hubungan dengan Pas, saya rasa rakyat tidak akan terima (hubungan kerjasama ini),” katanya.


Bagaimanapun beliau menyokong penuh kerjasama antara DAP dan Pas bagi membolehkan rakyat melihat sendiri ‘muka’ sebenar DAP yang telah memberikan banyak janji-janji palsu dan pembohongan terhadap kaum Cina.


“Kalau dulu mereka suruh kaum Cina sokong Pas, sekarang dia pula memburuk-burukkan Pas supaya orang Cina tak lagi sokong Pas dan saya fikir rakyat tak lagi mudah terpedaya dengan permainan DAP,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.