Pimpinan Pakatan Harapan tiba di YKP
PUTRAJAYA - Beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan NGO dilihat
telah tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya, sebentar
tadi dipercayai bagi menyertai mesyuarat bersama bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seawal jam 2.45 petang, beberapa pemimpin sudah kelihatan termasuk Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.
Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula tiba di pekarangan YKP kira-kira jam 2.50 petang.
Selain itu, beberapa pemimpin lain yang telah tiba ialah Datuk Zaid
Ibrahim, Tian Chua, Datuk Husam Musa, Tan Sri Kadir Jassin, Anuar Tahir,
Teressa Kok, Anthony Loke, Maria Chin, Datuk S Ambiga, Hishamuddin
Rais, Syed Saddiq dan Kamarul Azman Habibur Rahman.
Kira-kira 20 minit pihak media menanti di luar pagar, bekas Naib Ketua
Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan keluar menemui
media dan membenarkan media masuk menunggu sidang media berlangsung
kira-kira 4.30 petang nanti.
Ketika ditanya agenda mesyuarat yang dijangkanya berlangsung dalam
sejam itu, Khairuddin hanya berkata, "tunggulah Tun Mahathir umum
sendiri".
Sebelum ini timbul spekulasi mengenai penubuhan parti baharu yang diketuai oleh bekas perdana menteri itu.
0 orang berkata:
Post a Comment