Tuntut DAP ambil tindakan terhadap Kuan Yau
SHAH ALAM – Jurucakap kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman menuntut DAP mengambil tindakan segera ke atas ahlinya, Hew Kuan
Yau berhubung kenyataannya mengenai Laut China Selatan, semalam.
Menurut Syed Saddiq, sebagai rakyat negara ini, beliau kesal dengan kenyataan yang dibuat Kuan Yau.
“Kenyataan beliau tidak berasas, tidak patriotik dan melemahkan kedaulatan Malaysia dalam isu pulau yang dipertikaikan.
“Kenyataan itu memperlekehkan usaha tentera kita yang mengawal perairan dan sempadan serta usaha diplomat, peguam dan pegawai kita yang bekerja untuk mendapatkan jalan keluar demi melindungi kedaulatan kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Kuan Yau menulis di akaun Facebooknya, ‘Laut China Selatan adalah milik China! Jangan menentang hanya kerana kamu anti-komunis dan anti-Cina’.
Kenyataan itu menerima kritikan daripada pengikut dan netizen malah ada yang menuntut beliau keluar dari negara ini.
Baru-baru ini, Mahkamah Tetap Timbangtara (PCA) di The Haque, Belanda, memutuskan China tidak mempunyai hak sejarah terhadap Laut China Selatan.
Dalam satu kenyataannya, PCA memaklumkan China tidak mempunyai asas undang-undang untuk menuntut hak sejarah terhadap kawasan perairan itu dalam lingkungan sembilan-sempang yang dikemukakannya.

0 orang berkata:
Post a Comment