Serangan Dhaka, 13 tebusan diselamatkan
DHAKA – BANGLADESH. Enam lelaki bersenjata ditembak mati manakala 13
tebusan termasuk tiga warga asing berjaya diselamatkan dalam operasi
polis di Gulshan, Dhaka, hari ini lapor BBC.
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina berkata, salah seorang
daripada penyerang itu berjaya ditangkap manakala pihaknya percaya
beberapa tebusan yang masih dalam tahanan itu warganegara Itali dan
Jepun.
“Ini tindakan yang sangat kejam dan pelakunya memang tidak ada agama,”
katanya seperti yang disiarkan di televisyen tempatan sambil berikrar
untuk memerangi keganasan dari negara itu.
Pengganas IS mendakwa bertanggungjawab atas serangan di Holey Artisan
Bakery Cafe itu yang popular dengan warga asing di kawasan kedutaan
Gulshan.
"Operasi sudah berakhir. Keadaan kini terkawal," kata jurucakap tentera, Kolonel Rashidul Hasan kepada AFP.
Dalam operasi itu difahamkan dua anggota polis terbunuh dan kira-kira 30 yang lain cedera.
Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian berkata beliau mendengar
bunyi tembak menembak yang kuat ketika pasukan keselamatan melancarkan
operasi menyelamat, lebih 10 jam selepas pengganas itu menahan tebusan.
Polis menyatakan dalam kejadian tersebut, lelaki bersenjata menyerbu
masuk ke restoran itu sambil menjerit kata-kata keagamaan ketika para
pelanggan sedang menjamu selera sekitar 9.20 malam sebelum melepaskan
bahan letupan.
Sesetengah pelanggan berjaya melepaskan diri termasuk seorang tukang
masak warga Argentina dan lelaki Bangladesh yang bersembunyi di sebuah
bangunan bertentangan.
Sementara Komander unit anti-terorisme Bangladesh Rapid Action
Battalion, Leftenan Kolonel Tuhin Mohammad Masud berkata, penyerang
tidak memberi respons terhadap ajakan rundingan dan pihaknya masih belum
jelas tuntutan yang dimahukan mereka.
1 orang berkata:
Apa beza yahadi dgn yahudi?
Post a Comment