Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TEBUSAN DISELAMATKAN


Serangan Dhaka, 13 tebusan diselamatkan
Serangan Dhaka, 13 tebusan diselamatkan
Salah seorang mangsa yang cedera dibawa menjauhi kawasan restoran tersebut.

DHAKA – BANGLADESH. Enam lelaki bersenjata ditembak mati manakala 13 tebusan termasuk tiga warga asing berjaya diselamatkan dalam operasi polis di Gulshan, Dhaka, hari ini lapor BBC.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina berkata, salah seorang daripada penyerang itu berjaya ditangkap manakala pihaknya percaya beberapa tebusan yang masih dalam tahanan itu warganegara Itali dan Jepun.

“Ini tindakan yang sangat kejam dan pelakunya memang tidak ada agama,” katanya seperti yang disiarkan di televisyen tempatan sambil berikrar untuk memerangi keganasan dari negara itu.

Pengganas IS mendakwa bertanggungjawab atas serangan di Holey Artisan Bakery Cafe itu yang popular dengan warga asing di kawasan kedutaan Gulshan.

"Operasi sudah berakhir. Keadaan kini terkawal," kata jurucakap tentera, Kolonel Rashidul Hasan kepada AFP.

Dalam operasi itu difahamkan dua anggota polis terbunuh dan kira-kira 30 yang lain cedera.
Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian berkata beliau mendengar bunyi tembak menembak yang kuat ketika pasukan keselamatan melancarkan operasi menyelamat, lebih 10 jam selepas pengganas itu menahan tebusan.

Polis menyatakan dalam kejadian tersebut, lelaki bersenjata menyerbu masuk ke restoran itu sambil menjerit kata-kata keagamaan ketika para pelanggan sedang menjamu selera sekitar 9.20 malam sebelum melepaskan bahan letupan.

Sesetengah pelanggan berjaya melepaskan diri termasuk seorang tukang masak warga Argentina dan lelaki Bangladesh yang bersembunyi di sebuah bangunan bertentangan.

Sementara Komander unit anti-terorisme Bangladesh Rapid Action Battalion, Leftenan Kolonel Tuhin Mohammad Masud berkata, penyerang tidak memberi respons terhadap ajakan rundingan dan pihaknya masih belum jelas tuntutan yang dimahukan mereka.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Apa beza yahadi dgn yahudi?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.