Anuar sudahpun di jatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat, andainya dia (Anuar) memohon ampun dari Yang Dipertuan Agong ini bererti dia benar-benar bersalah sedangkan Anuar mengaku bahawa dia tidak melakukan liwat dan tidak mengaku bersalah, Adakah memohon untuk keampunan dari Agong ini berdasarkan Anuar Bersalah atau atas dasar dia di zalimi oleh undang-undang ? Atau atas alasan dia di zalimi oleh orang politik di dalam negara ? - Pak Karamu
Anwar berpeluang mohon pengampunan Agong
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang
mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi
membebaskannya daripada hukuman penjara lima tahun atas kesalahan
meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Anwar boleh membuat permohonan itu kepada Yang di-Pertuan Agong memandangkan kesalahannya dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Pengampunan diberikan Yang di-Pertuan Agong ini termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Bagi Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan.
“Semua kes jenayah yang gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan dan kes mahkamah tentera boleh memohon untuk mendapatkan pengampunan ini,” katanya, semalam.
Kelmarin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan untuk memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong bagi membebaskan Anwar.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dianggotai beberapa ahli jawatankuasa.
“Ahli jawatankuasanya terdiri daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan beberapa orang lain termasuk dari Pejabat Peguam Negara.
"Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri juga merupakan sekretariat untuk Lembaga Pengampunan ini di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong akan memutuskan sama ada memberi pengampunan atau tidak setelah mendapat nasihat daripada Lembaga Pengampunan.
“Sebelum memberikan nasihat mengenai sebarang perkara, Lembaga Pengampunan perlu menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenainya,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment