Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NUHA LAYAK

Nuha direstui warisi Permatang Pauh
  • Nurul Nuha Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Nurul Nuha Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
NURUL Nuha, Mohd Ihsan, Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana lima daripada enam anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah mereka yang bakal menggantikannya sebagai calon PRK Permatang Pauh.

Jauh sekali Nurul Izzah kerana sedang menyandang wakil rakyat di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang menginjak ke penggal kedua.

Walaupun baru dua hari Anwar dipenjarakan, rata-rata tertanya-tanya siapakah calon yang paling sesuai menggantikan kerusi Parlimen yang disandang Ketua Pembangkang di Parlimen itu.

Bukan mudah menggalas cabaran menjadi calon kerusi panas itu. Pernah beberapa kali dikosongkan, sebelum ini oleh bapanya, kerana dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun selepas didapati bersalah liwat dan enam tahun salah guna kuasa pada 14 April 1999.

Pada 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu digugurkan sabitan kesalahan liwat oleh Mahkamah Persekutuan.

Mengikut Perlembagaan, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen apabila dijatuhkan hukuman lima tahun selaras dengan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 48 (1) (e), Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Pada 1999, ibu mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Permatang Pauh dan melepaskan jawatan itu pada 31 Julai 2008 selepas Anwar habis ‘idah’ lima tahun dibebaskan daripada penjara melayakkan beliau kembali bertanding.

Anwar memenangi kerusi itu dengan mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti  15,671 undi.

Wan Azizah juga ketua pembangkang wanita pertama di Parlimen dan telah tiga kali menang di Permatang Pauh, PRK 1999 dan dua lagi ketika PRU 2004 dan 2008

Hakikatnya, darah Anwar masih menebal di Permatang Pauh, sejak 1982 anak jati Ceruk Tok Kun itu menjadi wakil rakyat BN buat pertama kali selepas mengalahkan calon Pas, Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.

Jika mengatakan Wan Azizah kembali menjadi calon juga tidak mustahil kerana Perlembagaan melayakkan beliau berbuat demikian iaitu membolehkan seseorang ahli Parlimen atau Adun bertanding semula selepas lima tahun melepaskan jawatan.

Ya tidak mustahil...

Ketika melepaskan kedudukannya pada 2008, Wan Azizah pernah melahirkan rasa mahu berundur untuk meluangkan masa kepada keluarga termasuk cucu-cucunya.

Tetapi doktor yang pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur itu kembali menjadi calon PRK Kajang apabila penyandang Lee Chin Cheh meletakan jawatannya.

‘Langkah Kajang’ dijenamakan PR bagi meletakkan Anwar sebagai calon, sekali gus Menteri ‘Besar Selangor in the Making’ ekoran Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat parti kononnya gagal bekerjasama dengan PKR dan PR sendiri.

Bagaimanapun Langkah Kajang itu terbantut apabila Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwat II oleh Mahkamah Rayuan yang meminda keputusan Mahkamah Tinggi.

Ketika itu beberapa hari sebelum penamaan calon PRK Kajang.

Hari ini, Nurul Nuha dilihat mengetuai anak-anak Anwar dan Wan Azizah melancarkan ‘March to Freedom’ bagi kesinambungan perjuangan keluarga kepada Anwar di rumahnya pagi tadi.

Dalam sidang media itu, Nurul Nuha berkata, perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman di Malaysia.

"Marilah bersama kami dalam perjuangan ini, sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya.

Semasa PRU13 lalu, Nurul Nuha antara nama yang disebut menjadi salah seorang calon Parlimen PKR di Pulau Pinang yang direstui Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun ketika itu, anak kedua Anwar itu masih belum bersedia untuk terjun dalam kancah politik dan mahu menumpukan hal keluarga.

Jika benar Nurul Nuha dijadikan sandaran, sidang media ini adalah platform pertamanya untuk tonjolkan dan perkenalkan diri kepada umum.

Nurul Nuha sudah memulakan langkah, walaupun dia seorang suri rumah, namum berkelulusan Ijazah Teknologi Seni dan Visual dari Universiti George Mason, Amerika Syarikat.

Sukar untuk menonjol bukannya lagi alasan dan halangan besar kepadanya, nama Anwar dan Wan Azizah sudah cukup ‘carry weight’ dengan Ceruk Tok Kun khasnya, dan Permatang Pauh amnya.

Tonik sentuhan magis kakak sulungnya pada 2008, Nurul Izzah menewaskan ‘giant’ BN ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,406 dan seorang lagi calon bebas juga diperlukan.

Langkah baharu buat Nurul Nuha...
 direstui warisi Permatang Pauh

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.