• Abdul Aziz Mohd Yusof. - Foto Bernama Abdul Aziz Mohd Yusof. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka awal minggu depan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malam tadi.
  
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selepas menerima notis rasmi daripada Speaker Dun Kelantan, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil, penamaan calon, pengundian awal, pengundian hari biasa dan sebagainya.
  
"Kekosongan kerusi itu bermula hari ini. Dalam tempoh itu, tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih dari 10 hari, SPR perlu mengadakan mesyuarat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, yang menghidap kanser prostat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Baharu pada 9.40 malam tadi. 
  
Mursyidul Am Pas itu merupakan Adun Chempaka sejak 1990. - Bernama