• Razman Zakaria Razman Zakaria
1 / 1
IPOH – Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mengakui wujud salah faham dan perdebatan di dalam mesyuarat Pas Pusat Ahad lalu.

Bagaimanapun katanya, salah faham yang berlaku tidaklah sampai mencederakan individu lain seperti yang didakwa oleh beberapa pihak di media sosial.

“Tidak berlaku sebarang sentuhan fizikal sebaliknya ia lebih kepada perdebatan kerana berbeza pandangan. Tinggikan suara tu biasalah bila tak setuju pendapat.

“Jangan buat spekulasi dan kenyataan provokatif. Sebenarnya ia bukan isu besar pun,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Razman berkata demikian menjawab tuduhan yang disiar portal berita memetik sumber menuduh Yang Dipertua Pas Lenggong itu memukul Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Ditanya punca sebenar salah faham itu berlaku, Razman berkata, ia hanya melibatkan perbezaan pandangan dan bukan mahu membela mana-mana individu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya anggap benda ini selesai. Hanipa juga dah keluarkan kenyataan dia dan kita tiada sebarang masalah,” katanya.