Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA TENGOK LA APA HASILNYA

Zahid panggil taklimat khas RUU 355 petang ini
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - sumber internet

KUALA LUMPUR - Satu taklimat khas akan diadakan hari ini untuk semua Ahli Parlimen beragama Islam mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah, untuk meminda Akta 1965 (Bidang Kuasa Jenayah).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menandatangani notis mengalu-alukan kedatangan Ahli Parlimen menghadiri taklimat itu yang dijadualkan jam 5 petang ini.


Difahamkan taklimat akan diadakan di Bilik Taklimat, Blok Sementara, bangunan Parlimen.

RUU yang akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dalam mengenakan hukuman yang lebih berat kepada Orang Islam kecuali hukuman mati.

 Abdul Hadi sebelum ini dipetik sebagai berkata, parti itu sedia berdialog dengan pemimpin agama bukan Islam bagi menjelaskan beberapa kekeliruan berhubung pindaan RUU355 yang diusulkan di Parlimen.

Antara isu yang sering dimainkan kalangan pemimpin bukan Islam ialah mengaitkan pindaan RUU 355 sebagai usaha membuka pintu ke arah pelaksanaan hudud.

“Hukum hudud adalah di luar daripada RUU 355, tapi nampaknya terus dijadikan senjata bagi menentang Islam secara terbuka,” katanya.

RUU itu dibentang pada Mei lepas dalam satu langkah yang mengejutkan oleh kerajaan kerana mengutamakan usul peribadi ke atas usul kerajaan tetapi Hadi, yang merupakan Ahli Parlimen Marang, meminta bahas ditangguhkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.