Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELUAR DEWAN

Sosma: Semua Adun BN keluar Dewan
Sosma: Semua Adun BN keluar Dewan
Jahara (kanan) dan Adun Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad (kiri) bersama semua Adun BN mengiringi Roslan (tengah) keluar Dewan. - Foto Sinar Harian

GEORGETOWN - Sidang Dun Pulau Pinang kecoh apabila Speaker, Datuk Law Choo Kiang mengarahkan Adun Pinang Tunggal (BN), Datuk Roslan Saidin supaya meninggalkan dewan selepas berlaku perang mulut ketika perbahasan usul tergempar, hari ini.

Perang mulut itu berlaku ketika Adun Seberang Jaya (PKR), Dr Afif Bahardin sedang membahas usul tergempar berhubung penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Kuasa-kuasa Khas) 2012 (Sosma).

Ketika perbahasan usul berkenaan, Dr Afif mendakwa kerajaan dan rakyat Malaysia tidak memerlukan Umno dan BN serta negara mempunyai Perdana Menteri yang tidak jujur.

"Ketika kumpulan Baju Merah menendang peserta Bersih, tiada tindakan undang-undang diambil.

"Adakah ahli-ahli Umno kebal undang-undang? Oleh itu, kita mahu beritahu rakyat, kita tidak perlu lagi Umno dan BN dalam kerajaan.

"Kita perlu gerakan satu gerakan untuk selamatkan Malaysia tanpa Umno. Malaysia tanpa Umno ini akan lebih sejahtera dan baik," katanya.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Roslan yang mengatakan ibu bapa Dr Afif juga produk Umno.

Dr Afif kemudiannya menyanggah kenyataan Roslan itu dengan berkata, dia hanya membahas tanpa menyentuh peribadi Adun BN itu.

Tindakan Dr Afif itu disokong dua Adun kerajaan negeri, Soon Lip See (Jawi-DAP) dan RSN Rayer (Seri Delima-DAP).

Perang mulut itu membuatkan Choo Kiang membuat keputusan mengarahkan Roslan keluar dengan alasan tidak mematuhi peraturan Dewan.

Roslan akhirnya akur dan keluar Dewan dengan diiringi kesemua Adun BN dan Bentara Dun.
Beliau yang ditemui di lobi dewan makan berkata, kenyataan Dr Afif itu biadab dan kurang ajar.

Menurutnya, cara Dr Afif mengkritik Umno dan BN seolah-olah beliau bukan produk Umno.
"Dia (Dr Afif) menghentam Umno dan BN terlalu melampau. Beliau juga produk Umno, saya tahu asal usul keturunannya. Ibubapanya Umno yang mendapat manfaat di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Cara dia bercakap seolah-olah dia lupa jasa Umno.

"Boleh nak bahas tetapi jangan kurang ajar.Jangan jadi kacang lupakan kulit dan jangan lupa asal usul keturunan. Ini sebagai pengajaran kepada ahli Umno yang lain. Jangan bertindak seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, dalam kejadian itu, Speaker dilihat tidak berlaku adil kerana hanya memerintah Roslan keluar Dewan.

"Speaker sepatutnya mengarahkan Dr Afif, Lip See dan Rayer juga keluar dari Dewan kerana mereka juga ingkar arahan. Sebab Speaker suruh duduk tetapi mereka enggan. Mengapa hanya Roslan yang diarahkan keluar?

"Kita cuba protes juga tadi tetapi Speaker masih meminta Roslan keluar. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk turut keluar dari Dewan kerana tidak mahu terlibat dengan usul terbabit," katanya.

Dr Afif yang ditemui di luar dewan berkata, beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya dengan berbahas usul tergempar itu.

Menurutnya, Roslan yang memulakan dahulu dengan menyerang peribadinya sehingga melibatkan ibubapanya.

"Saya hanya memberi hujah mengapa perlunya Maria dibebaskan. Tetapi malangnya ada ahli dewan yang terlebih emosi dan tidak matang yang menggunakan serangan peribadi ke atas saya.

"Ibu bapa saya bukan ahli Umno dan mereka hanya kakitangan kerajaan di UiTM. Benar, saya juga produk UiTM tetapi itu usaha Umno dahulu. Umno dahulu berbeza dengan sekarang. Umno dahulu bagus, sekarang tidak lagi," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.