Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU 355 KITA PANTAU WAKIL RAKYAT ISLAM

Usul pinda RUU355 akan dibentang minggu ini
Zahid Hamidi
Zahid Hamidi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) akan tetap dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat, minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibuat ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kerajaan juga akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemilihan dibentuk untuk menterlibatkan anggota Parlimen beragama Islam dan bukan Islam.

"Ini bagi memperincikan, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil," katanya.

Beliau yang juga Ketua Whip BN berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, usul berkenaan dibentangkan Abdul Hadi pada 26 Mei lepas melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainya. - Bernama

13 orang berkata:

Unknown said...

Ahli parlimen pas ambil dasar berkecuali dlm parlimen bila melibatkan kepentingan rakyat... Sampah

Unknown said...

Ruu 355... Bentang dulu.... Semua org nak tahu dan nak faham....

Hamba Allah said...

Alasan hg tu xmunasabah la bahalol...google ja psai RUU355 dlm laptop atau hp buruk hg tu...ada saja alasan puak2 bangang ni

Anonymous said...

Bentang dulu.
Jgn kencing je lebih.

Anonymous said...

Selalunya pas berkecuali.
Kali ni ph dan bersatu pulak yg berkecuali.
Sokong dalam hati pun cukuplah.

Klu pas boleh berkecuali, parti lain pun bole berkecuali jugak. Hukum buatan manusia aje punn. Tak sama langsung dgn hukum hudud dlm quran.

Anonymous said...

Ko sapa nak pantau2 ni?
Pemegang kunci syurga ker??

Anonymous said...

Dulu ruu mahkamah syariah kat kedah pun pas tak sokong.

Kali ni jgn marah la kalu org tak sokong ruu pas pulak.

Anonymous said...

Berkecuali adalah jalan paling selamat. Tak salah pun kalu berkecuali. Semua parti boleh berkecuali. Jgn la marah kalu org lain berkecuali.

Ada lori ada bas.
Ada ubi ada batas.

Simple kan.....
What you give, you get back!!

Anonymous said...

Kita nakkkkk sangat sapa menteri2 muc, mca, gerskan yg akan letak jawatan spt yg dijanjikan bila ruu dibentangkan.

Anonymous said...

Kita juga nak tengok apa gerakan, mic, mca boleh buat utk halang ruu pas ini spt yg dijanjikan sblm persidangan dulu.....

Ada teluuurrrr ka?

Anonymous said...

Kencing sje tu

Anonymous said...

Pas kaki kencing

Anonymous said...

Pak Haji bila nak saman Sarawak Report? Janji hari tu bulan 9.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.