Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES PKR LAGI !


Percaya kebijaksanaan SPRM kendalikan kes Azmin
 Percaya kebijaksanaan SPRM kendalikan kes Azmin
Noh (kiri) menyampaikan replika kunci van pelbagai guna kepada Timbalan Nazir Masjid Kampung Permatang, Bustaman Hambali di Masjid Kampung Permatang.
 
TANJONG KARANG - BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan kes pemilikan harta luar biasa Menteri Besar Selangor ketika menjadi setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada 22 tahun lalu.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, mereka menyerahkan kepada kebijaksanaan SPRM dalam perkara ini.

"Jika boleh diteruskan dan tidak menyalahi undang-undang, tiada sebab siasatan ini tak boleh diteruskan.
“Saya percaya kebijaksanaan SPRM dan mengambil tindakan yang boleh memberikan kes prima facies kepada suruhanjaya itu kalau siasatan baru dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Bank Rakyat berupa van pelbagai guna kepada Masjid Kampung Permatang, petang tadi.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan kredibiliti pihak berkuasa diragui, Noh menjelaskan, semua pihak perlu bersikap adil dan percaya sepenuhnya peranan yang dilaksanakan agensi kerajaan.

“Kita kena adil dan percaya semua pihak berkuasa samada polis atau SPRM atau lain-lain jalankan tugas dengan baik dan tidak memilih bulu sebab sesiapa saja yang mempunyai unsur boleh didakwa, saya yakin tindakan akan diambil.

“Bagi saya, kita kena letakkan penuh kepercayaan kepada agensi penguatkuasa ini tapi masalah bagi pembangkang, mereka sering wujudkan persepsi negatif memperlekehkan kredibiliti pihak berkuasa kepada rakyat.

“Kita boleh lihat jika pemimpin BN dikenakan tindakan, mereka akan memuji pihak berkuasa tapi jika pemimpin mereka dikenakan tindakan sama, pihak berkuasa pula dikritik dan dikutuk.

“Ini menunjukkan pembangkang seolah-olah nak memberitahu pihak berkuasa jangan usik kami…kami ni orang bersih, tiada rasuah dan tak salah guna kuasa…yang salah ni semua pemimpin BN.

“Jika ada tanggapan negatif seperti itu, kita dapat lihat reaksi mereka jika pemimpin mereka berdepan sebarang tuduhan seolah-olah menyalahkan pihak berkuasa dan kononnya mereka manusia yang bersih tiada dosa.

“Ini satu tindakan tak adil dan mungkin bagi mereka adil tapi hari ni, kita lihat Selangor wujud penyelewengan dalam Yawas dan harap SPRM dapat siasat sebaik mungkin.

“Sebab kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa apabila ada kuasa, mungkin mereka terlepas pandang, mungkin buat silap tu bukan peringkat atasan tapi bawahan supaya mereka tahu bukan senang nak jadi kerajaan.

“Jadi pembangkang memang mudah nak kritik macam-macam dengan air liur tapi bila mereka ada kuasa dan wujudkan dasar baru yang baik tapi segi pelaksanaannya tak baik akan beri gambaran buruk kepada kerajaan.

“Yang ni kerajaan negeri dan pembangkang kena faham, bila jadi kerajaan barulah mereka tahu dan tak dapat laksanakan seperti ‘lagu’ yang dinyanyikan sebelum ini,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

SPRM jgn lupa tgk Noh Omar ni punya kekayaan mcm mana..mcm khir toyo jugak dia ni..

Anonymous said...

Jangan lupa siasat sekali macamana Portugis bolih serang Melaka pd tahun 1511....tentu ade pembesar2 negeri yg khianat ketika itu.

Anonymous said...

Berok amik 90 jota juga perlu disiasat.

Anonymous said...

http://tukartiub.blogspot.my/2017/04/siapa-dia-nasa.html?m=1&zx=9097176ec002830d

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7112] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

Lan said...

Dah jelas kan sekarang pada kita betapa PAS sudah menyokong UMNO . Nampak jelas kan ? Bila kena dekat Najib PAS bela macam2 . X de bukti lah , x de saksi lah . Tapi bila UMNO berkokok , PAS terus terima & setuju . Jelas dah kan ???

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.