Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAHAYANYA SEKULAR SOSIALIS ?

Heh! Nampak gayanya, khifarah demi khifarah sudah pun menimpa Si Rafizi ni ekoran dosa - dosa yang telah dilakukannya selama hari ini. Tinggal lagi, Si Rafizi tu je yang masih tak sedar diri.

Dari satu sudut, nampak sangat yang Si Rafizi tu benci betul dengan sistem perundangan syariah di Malaysia ni sampai tahap Hakim Mahkamah Syariah pun dihinanya secara terang - terangan.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu secara terbuka menentang cadangan pindaan Rang Undang - Undang untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh PAS.

Namun penentangan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu muncul dalam bentuk fitnah terhadap kepimpinan PAS yang dituduh turut menerima habuan dana kewangan daripada syarikat 1MDB.

Maka kali ini, kebiadapan dan penghinaan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu juga muncul dalam bentuk Fitnah yang mendakwa kononnya Hakim - Hakim Mahkamah Syariah ni kuat makan rasuah.

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dalam kenyataan lewat petang tadi memberitahu, kenyataan Rafizi bahawa hakim mahkamah syariah lebih banyak makan rasuah berbanding hakim mahkamah sivil telah menyebabkan institusi perundangan syariah dipandang hina disamping menimbulkan persepsi negatif dikalangan masyarakat di Malaysia.
“Rafizi bakal berdepan tindakan di bawah Seksyen 210 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana bertindak menghina mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit.
“Selain itu, Rafizi turut bakal berdepan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana bertindak menghina pihak berkuasa agama,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, PPSM bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah membuat aduan kepada Ketua Penguatkuasa Agama (KPPA) Wilayah Persekutuan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu.
“Rafizi juga berpotensi untuk turun naik mahkamah syariah dari satu negeri ke satu negeri di seluruh Malaysia seandainya Pegawai2 Syariah di setiap negeri membuat aduan kepada Penguatkuasa Agama negeri masing-masing,” ujarnya.
Dalam erti kata lainnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu terhadap Hakim Mahkamah Syariah bukan sahaja dianggap sebagai satu Penghinaan terhadap sistem perundangan Negara. Bahkan pemimpin PKR itu secara terbuka menghina Islam!!!

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tak habis2 meroyan dgn tuduhan menghina..yg betul2 terhina adalah ketua lebai yg dilakar sbg ketua beruk jual agama oleh mca.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.