Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PAS KALAH PAKATAN HARAPAN JUGA KALAH, PKR LAGI LA TERUK !

BN kekal memerintah, Pas akan kalah PRU14
Pilihanraya
Pilihanraya - Gambar hiasan
 
KUALA LUMPUR - Berdasarkan kaji selidik dilakukan Invoke Malaysia, BN diramal akan kekal memerintah Putrajaya dan Pas pula akan kalah dalam PRU14.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan penyelaras Invoke Malaysia berkata, BN akan kekal mendominasi kemenangan dalam PRU14 jika wujud pertandingan tiga penjuru.

"Pertandingan tiga penjuru antara Umno, PKR dan Pas, Umno mendapat jumlah undi 29 peratus ,PKR 22.3 peratus , dan Pas 11.2 peratus.

"Pertandingan tiga penjuru antara Umno, Bersatu dan Pas mendapati  Umno masih dihadapan dengan mendapat jumlah  undi 30.5 peratus, Bersatu 18.4 peratus, dan Pas hanya mendapat 10.8 peratus untuk dikedudukan paling tercorot ," katanya pada sidang medianya di sini, hari ini.

Rafizi berkata demikian berdasarkan kajian yang dibuat Invoke selama dua bulan bermula 6 Februari  hingga 6 April 2017 di kawasan majoriti pengundi Melayu.

Sementara itu, ulasnya lagi sekiranya pertandingan tiga penjuru antara Umno, Amanah dan Pas, Umno masih di hadapan dengan mengumpul jumlah undi sebanyak 32.2 peratus, Amanah (16.1 peratus) dan  Pas (12.5 peratus)," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata BN danUmno juga turut mendominasi kemenangan yang membabitkan pertandingan satu lawan satu.

"Pertandingan satu lawan antara Umno dan parti pembangkang, Umno tetap mendominasi jumlah undi, bagi keputusan Umno lawan PKR, Umno mendapat undi 33.0 peratus; PKR 30.4 peratus.

"Pertandingan antara  Umno dan Bersatu, Umno mendapat undi 34.6 peratus , Bersatu  22.6 peratus , bagi pertandingan Umno dan Amanah, Umno dapat undi 36.5 peratus, Amanah 21.0 peratus  manakala pertandingan satu lawan satu  Umno dan Pas, Umno mendapat undi 35.9 peratus , Pas 19.0 peratus," katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata berdasarkan kajian tersebut Pas mendapat undi paling tercorot antara parti pembangkang yang lain bagaimanapun parti Islam itu mendapat kelebihan di negeri Kelantan dan Terengganu.

"Tahap sokongan kepada Pas merudum lebih cepat berbanding parti lain dan Pas sekarang berada di tempat tercorot sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya.

Mengulas lanjut Rafizi berkata kajian yang dibuat Invoke itu juga menunjukkan 35 peratus responden memilih jawapan belum membuat keputusan dan tidak mahu menjawab parti yang dipilih akan memberi undi kepada parti Pakatan Harapan dan Pas.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Untung la hadi kalau bn menang besar. Bn yg akan bawa usul ruu355 nanti kat parlimen, takbirrrr.

Anonymous said...

Pas kalah pun takpe..lebai2 atasan dah balun 90juta hidup mewah..yg bangang bertingkek2 walaun2 keldai mrk.

Anonymous said...

Apa yang bangangnya..cer cerita

Anonymous said...

kah 2 geng keldai sudah angkat bendela putih sebelum berlawan. bodoh punya olang

Anonymous said...

insyaAllah abang lim akan campak umpan pujuk pas sebelum pru tawar win2 situation.. insyaAllah juga pas akan sambar umpan tu mcm janda gersang x tau malu yg dah lama dahaga pujuk rayu hehe..
(hasan ali paham cinta pas pada abg lim tahap ape hehehe)

Anonymous said...

Anon 3.13
oitt...gila talak ke PAS ropernya...berharap benar PAS join pakatun la yer..kesian puak2 PH nih

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.