Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERUKNYA BERSATU ? MACAM TAIK KUCING

Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu?
Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu?
Tawaran menjual jawatan ketua bahagian dengan harga RM250,000 menerusi WhatsApp didedahkan sumber kepada Sinar Harian.
SHAH ALAM - Belum pun reda kemelut ahli keluar parti, Bersatu terpalit pula dakwaan wujud aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor.

Mendedahkan perkara itu kepada Sinar Harian, sumber yang berkepentingan dalam parti itu mendakwa, seorang individu telah ditawarkan jawatan ketua bahagian Bersatu di negeri itu namun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

Beliau mendakwa, antara syarat tawaran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp itu ialah individu itu perlu membayar RM250,000 untuk mendapatkan jawatan tersebut selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi ketika jawatan itu menjadi miliknya.

"Selain wang tunai yang perlu diberikan, syarat lain yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan pejabat kekal, mengekalkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut ranking, memberikan gaji kepada setiausaha dan meneruskan serta menambah program di bahagian tersebut.

“Itu baru satu bahagian. Bagaimana pula dengan bahagian Bersatu yang lain?,” dedahnya kepada Sinar Harian.

Sumber tersebut turut mendedahkan, ada kalangan ketua bahagian parti itu berstatus muflis tetapi tetap dilantik.

“Malah, beberapa ketua bahagian juga didakwa mempunyai rekod dikehendaki polis.  Bagaimana lantikan dan sumpah ikrar terhadap presiden parti itu boleh dilakukan sekiranya ada ketua bahagian muflis dan mempunyai rekod polis?

“Sebelum lantikan dibuat, seharusnya kesemua calon ketua bahagian diselidik latar belakang mereka. Tidak sukar untuk menyemak sejumlah nama ini,” katanya.

Sementara itu, sumber tersebut mempersoalkan adakah pucuk pimpinan tertinggi Bersatu menyedari perkara tersebut atau adakah lantikan itu dilakukan secara tangkap muat bagi membuktikan bahawa mereka merupakan parti yang sudah bersedia berdepan PRU14 nanti.

“Pucuk pimpinan tertinggi Bersatu seharusnya memandang serius berhubung apa yang berlaku di negeri ini. Jangan kerana nila setitik, perjuangan Bersatu terus berkubu,” katanya.

Katanya, tindakan beberapa individu ini telah merosakkan parti dan ia telah melemahkan semangat akar umbi.

“Mereka membawa budaya politik dari parti-parti tertentu. Kita di bawah mahukan pemimpin yang benar-benar ikhlas bagi membawa negara ke arah yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan respons Bersatu berhubung dakwaan ini.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Benda wassupp cam ni pun lebai2 boleh percaya 100%. Benda dah buat sd tak percaya pulak. Akaun aping beng tak pecaya pulak. Apa punya bangang

Anonymous said...

Wassup je pun. Bukannya fatwa.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.