Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARUA NI YANG MENYEBABKAN PERHUBUNGAN ANTARA PAS DAN PKR MERUNCING

Pemuda Pas gesa Rafizi henti serang Pas
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
ALOR SETAR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diberi peringatan untuk berhenti menyerang Pas.

Perwakilan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Shukri Omar berkata, beliau dan ahli lain tidak teragak untuk ambil tindakan jika Rafizi terus-menerus menyerang parti itu.

"Di sini saya ingin beri peringatan pada Rafizi jika beliau terus-menerus menyerang Pas dalam keadaan kita tidak memberi penentangan.

"Jika dia anak jantan, kita jumpa di Parlimen dan beliau harus bersedia hadapi barisan pemuda Islam yang tidak pernah lumpuh dalam mempertahankan Islam," katanya ketika perbahasan ucaptama Muktamar Dewan Pemuda Pas di Kompleks Pas Pusat, Kota Sarang Semut, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan, mendakwa bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Sementara itu, Shukri juga turut memberi peringatan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Ingat, tanpa Pas yang membantu pada PRU lalu, parti itu tidak dapat memerintah negeri Selangor," katanya lagi.
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ko ingat lebai x rasuah ke. Taraf malaikat? Kenapa marah sangat bila ada yang dedahkan!

Lan said...

Dah le pemimpin2 PAS x nak/x mau / takut d penjara / selesa dengan kesenangan maka x berani lah nak dedah apa2 . Bila orang lain dedahkan dia marah pulak

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.