Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA SATU LAGI MASALAH NEGARA, IAITU PENGHINAAN TERHADAP ISLAM

Empat krisis utama himpit negara
Empat krisis utama himpit negara
Nik Abduh (dua, kiri) ketika hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas, semalam.
 
ALOR SETAR – Pemuda Pas mendakwa negara kini berhadapan empat krisis utama iaitu krisis keyakinan dan gejala rasuah, kelembapan ekonomi dan kos sara hidup, gejala sosial dan kualiti pendidikan serta ancaman kedaulatan.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pemuda Pas wajib melaksanakan tuntutan pembinaan negara yang lebih sejahtera.

“Beberapa kes rasuah berprofil tinggi sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melibatkan nilai rasuah cecah ratusan juta ringgit. Tambah pula kegagalan kerajaan menangani skanda 1MDB, FGV, Mara dan Tabung Haji menyebabkan jurang defisit keyakinan rakyat semakin melebar.

“Rakyat pula berdepan situasi ekonomi mencabar, kesan kenaikan inflasi dan cukai. Subsidi minyak dan keperluan asas lain telah mula dihapuskan, menjadikan rakyat lali dengan turun naik harga di pasaran, ditambah pula dengan mahalnya harga kereta dan rumah untuk dimiliki,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Pemuda Pas ke-58.

Menurutnya, statistik berkenaan gejala sosial kalangan belia dan negara amat membimbangkan, terutama kes penyalahgunaan dadah, buang bayi, disiplin pelajar selain  kes penceraian dan bunuh diri meningkat.

“Manakala pencapaian pelajar sekolah dan graduan IPTA tidak menunjukkan peningkatan selari status negara maju menjelang 2020.

“Semakin banyak projek mega dan strategik diserahkan kepada syarikat China, mendedahkan Malaysia kepada risiko pertembungan geopolitik di antara China dan Amerika pasca-Trump yang menarik diri daripada TPP,” katanya.

Justeru, sebagai kerangka asas terhadap penyelesaian krisis yang melanda negara, beberapa langkah islah wajar diambil termasuklah pembaharuan perlembagaan dengan agenda pemerkasaan Islam agama rasmi persekutuan, di samping kebebasan institusi, pembaharuan ekonomi, pembaharuan pilihan raya, perpaduan nasional dan hubungan antarabangsa.

“Sebagai menyahut hasrat anak muda yang mahu kehidupan lebih sejahtera, Pemuda Pas meletakkan tujuh agenda anak muda sejahtera sebagai asas manifesto Pas menjelang PRU14.

“Antaranya, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, pendidikan berkebajikan, keusahawanan belia, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Dulu pakai tombak, tanjak bagai.
Sekarang baju melayu purple...pejuang melayu
Tahun depan tema ala lebai unta padang pasir

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.