Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH KEADILAN RAKYAT ? WALAU APAPUN DIA TETAP AHLI KEADILAN !

Rafizi usul ambil tindakan terhadap Adam Rosly
Rafizi, Adam Rosly

SHAH ALAM -  Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan rakan-rakan pimpinan dalam parti akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil terhadap Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.

Rafizi berkata, tindakan yang akan dilaksanakan akan menjarakkan kemelut peribadi Adam daripada mengheret PKR dan Pakatan Harapan ke dalam masalah peribadinya.

"Tindakan akan diputuskan sama ada melalui keputusan bersama kepimpinan PKR untuk membolehkan dia (Adam) 'bercuti' dari jawatan parti sehingga kesnya selesai, atau melalui kaedah Lembaga Disiplin seperti yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Apa pun, saya berharap seluruh kekuatan parti dari akar umbi ke peringkat pimpinan mengambil langkah untuk menjarakkan parti dari kemelut peribadi seperti ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata Rafizi lagi, keengganan Adam menuruti nasihatnya supaya melakukan pengistiharan harta juga telah menyebabkan masalah yang melanda kian melarat.

"Sebab itu semasa kekayaan Adam mula-mula menarik perhatian ramai, saya dengan serta-merta menasihatkan beliau supaya mengisytiharkan harta. Ada perbezaan di dalam parti apabila ada yang beranggapan beliau tidak perlu mengisytiharkan harta kerana tidak menjawat sebarang jawatan kerajaan.

"Saya telah menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana piawai moral dan keamanahan yang dipegang PKR mestilah lebih tinggi dari parti-parti lain,” katanya.

Menurutn Rafizi, seseorang yang memegang jawatan parti tidak boleh dilihat mengumpul kekayaan yang tidak boleh diterangkan kepada rakyat.

Jelas Rafizi, jika kekayaan itu dikumpul secara sah dan tanpa melibatkan kepentingan awam, beliau yakin mana-mana pimpinan dalam parti itu boleh mengisytiharkan harta dengan mudah.

"Saya masih berpendapat Adam boleh menjernihkan keadaan supaya tidak mengheret PKR ke dalam kemelut peribadi beliau dengan mengisytiharkan harta secepat mungkin.

"Keadaannya berbeza sekarang kerana keengganan beliau mengisytiharkan harta telah mengheret nama baik PKR sehingga dijadikan bahan serangan oleh musuh-musuh politik PKR," katanya lagi.

Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.


Adam, 28, yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly ditahan SPRM]

Menurutnya lagi, pihak PKR sebenarnya amat tegas mengenai perkara-perkara yang bersabit dengan tatakelola dan keamanahan.

"Setahun lalu, saya sendiri sebagai Setiausaha Agung PKR pada ketika itu dengan diiringi pimpinan-pimpinan lain membuat laporan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang diadukan kepada saya didakwa berlaku di Selangor.

"Malah, saya secara berterusan di dalam saluran rasmi dan tidak rasmi parti mengingatkan pimpinan dan aktivis parti bahawa gerak geri kita diperhatikan oleh rakyat.

"Saya konsisten menegaskan bahawa piawai moral dan keamanahan yang perlu kita buktikan kepada rakyat adalah lebih tinggi dari parti-parti lain kerana PKR dihargai rakyat hasil dari perjuangan berterusan kita menentang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbiran sedia ada," ujarnya.

11 orang berkata:

Anonymous said...

Betul cadangan rafizi. Biar dia berehat dulu utk selesaikan masalahnya. Dah settle besok boleh aktif balik.

Tak le mcm ahli parti cap unta tu.
Buat dekkkk manjang.

Anonymous said...

Nasa ahli pas

Anonymous said...

Lebai dol ahli walaunta.

Anonymous said...

Fikah tomey ahli apa?

Anonymous said...

Tahun 1960an p ramlee dah buat filem musang berjanggut. Seronok tengok cerita tu. Banyak pengajaran. Tengok pun tak jemu.

Anonymous said...

Dulu kita ler yg panjat pokok pasang bendera cap bulan & angkut tin milo tiap2 malam. Dah dapat kereta besor, kita pulak dibaruakannya. Baik kita pasang bendera dacing. Ada jugak masyukkkk

Anonymous said...

Memang betul dia tetap ahli PKR, begitu juga skandal RM90juta Nasharuddin Md Isa yang terlibat masih lagi ahli PAS dan ketika kejadian dia masih berjawatan dalam PAS.

Anonymous said...

Bangkit tolak Pas di Kelantan.

Anonymous said...

Ya betul. Yg penting dia disiasat, kalau dia salah sila hukum.

Tapi parti pak lebai cuma pandai lebong dlm FB

Anonymous said...

Kalau buat kerja tak iklas memang la macam itu.. sebab tu anon 2.42 tak kekal dalam pas. Nak ada balasan .. patutpun mu jadi barua dan bbalaci dap.. mesti masyuukkkk punya.

Anonymous said...

Mula dah balaci dap buat fitnah kt nasa pulak.. ini la kerja balaci ph..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.