Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARI DARI MANA DATANGNYA BERITA TERSEBUT

Sinar Harian nafi cetakan skrin Najib sedia masuk Pas
Sinar Harian nafi cetakan skrin Najib masuk Pas

SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan penyebaran cetakan skrin Sinar Online dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada artikel bertajuk "Jika UMNO Gagal, Saya Bersedia Masuk PAS" - Kata Najib.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, akhbar berkenaan tidak pernah menyiarkan artikel berkenaan dalam mana-mana versi terbitannya sama ada versi cetak atau online.

"Kami menafikan laporan berkenaan, ia tiada kaitan dengan penyiaran kami.

"Sinar Harian percaya, artikel berkenaan sengaja diadakan bagi menimbulkan persepsi yang tidak sepatutnya kepada mereka yang terlibat," katanya.

Paparan berkenaan menjadi tular di media sosial sejak awal pagi tadi hinggakan menimbulkan persoalan dikalangan pembaca kami.

Katanya, Sinar Harian amat berterima kasih kepada pembaca yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami yang menjadi pemain utama dalam industri media tempatan.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.