Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG SUDAH TU SUDAH LA, BELAJAR LA AGAMA BAIK-BAIK

Raja Bomoh mengaku salah, lafaz taubat depan mufti
Raja Bomoh mengaku salah, lafaz taubat depan mufti 
 
'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin, 66, (kanan) membuat pengakuan bertaubat atas kesalahan berbohong dan menghina Islam di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - 'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Kes itu disebut di hadapan Ketua Hakim Syar'ie Datuk Mohamed Ibrahim yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syar'ie.

Ibrahim, 66, mengaku bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Selain itu, dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya, bermula hari ini dengan bon dua penjamin di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129, Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

Mahkamah turut memerintahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan supaya menyediakan modul pengajaran bagi membolehkan Ibrahim menjalani kelas akidah dan fardu ain dengan bimbingan Pejabat Mufti.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga dikehendaki menyediakan laporan perkembangan tertuduh kepada mahkamah sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, Ibrahim melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada sidang media di Kompleks Pusat Islam di sini, petang tadi.

Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang enggan dinamakannya.

Dia juga mengaku akan berhenti menggunakan gelaran "Raja Bomoh".

Sebelum ini, Ibrahim  beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan ritual perbomohan yang dilakukan bersama-sama para pengikutnya seperti  membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk 'melindungi' Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Raja bomoh ditahan di Johor]

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persetkutuan (JAWI) Abdul Aziz Jusoh pada sidang media sama memberitahu bahawa Ibrahim ditahan Bahagian Penguatkuasaan JAWI di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1.48 petang Sabtu lepas.

Dia ditahan berikutan maklumat awam mengenai amalan ritualnya untuk menurunkan hujan bagi meredakan panas akibat El-Nino di tapak bekas rumah pangsa Jalan Pekeliling di sini pada 21 Mac 2016. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

Kalah tak apa. Yg penting kelantan dapat kerajaan baru yg lebih cerdik, lebih adil dan dpt menjaga kepentingan rakyat. Biarkan pas lingkup dan hanyut ke laut.

Anonymous said...

Rakyat Kelantan dah letih hari2 mengadap tugu banjir sebab jalan jem gila take ada highway. Buat apa ada tugu banjir bukan boleh jadikan kereta laju. Jem juga. Lagipun tugu banjir yg kejaan pas buat tu bukn boleh makan klu perut lapar.

Anonymous said...

Tugu banjir tu boleh jadikan tugu memperingati parti pas yg sudah kalah dan hanyut ke lautan pasifik.

Anonymous said...

Rakyat bukan nak Pas tapi rakyat nak lebuh raya. Undi pas bukan boleh kenyangkan perut. Jadi Papa kedana ada la

Anonymous said...

Hadi bila nak taubat?? Dia yg melingkupkan parti pas, terhegeh hegeh nak bergabung dgn umno utk selamatkan melayu islam konon.

Anonymous said...

Anon 8.39. Ko tak ada ingat lain asyik memerut jer ysng ko tahu.
Klu jenis yang ingat nk menketedarah jer . Tau ls spesis apa.. yg berkeliaran ..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.