Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JADI BETULLAH POLITIK WANG DALAM BERSATU


Bersatu kesan ahli bermasalah, lakukan sabotaj
Bersatu kesan ahli bermasalah
Mukhriz (dua, kanan) dan Rina (dua, kiri) bergambar bersama sebahagian Srikandi Bersatu Kedah.
 
ALOR SETAR - Bersatu sudah mengenal pasti segelintir ahlinya yang bermasalah termasuk disogok habuan wang untuk merosakkan parti itu dari dalam.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bagaimanapun tindakan perundangan tidak akan diambil terhadap golongan itu memandangkan kesemua yang terpalit dengan kontroversi itu sudah meninggalkan parti.

“Ia melibatkan segelintir ahli parti sahaja, kemungkinan jumlahnya hanya puluhan yang terlibat dengan perbuatan itu. Namun saya ingin tegaskan, ia tidak beri kesan buruk kepada parti kerana  majoriti ahli nekad pastikan matlamat untuk selamatkan negara diutamakan,” katanya, selepas majlis penyerahan watikah kepada Ketua Srikandi Bahagian Bersatu Kedah, semalam.

Hadir sama, Ketua Srikandi Bersatu, Rina Mohd Harun.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sumber mendedahkan wujudnya aktiviti menjual jawatan tertinggi parti itu di beberapa bahagian, dan ditawarkan jawatan dengan syarat tertentu, selain terpalit dengan kepimpinan yang tidak bersih seperti pemimpin muflis dan mempunyai rekod polis, sehingga Bersatu dilabel berdepan masalah kepimpinan yang serius.

Menurutnya, ia adalah masalah remeh yang sudah diselesaikan.

“Kita juga maklum ada unsur sabotaj oleh satu parti lawan yang menggalakkan ahlinya sertai Bersatu dengan tujuan memecah belah kita dari dalam. Hasil siasat segelintir itu turut ditawarkan habuan wang termasuk tawaran tertentu. Kami ambil pendekatan berhemah untuk tangani isu ini,” katanya.

Mukhriz berkata, pihaknya turut mempunyai bukti sahih berkenaan isu itu, dan bukannya tuduhan melulu.

“Memang ada bukti yang didedah tanpa sengaja oleh individu terlibat. Mereka pun sudah umum keluar parti, jadi kami tidak berhasrat ambil tindakan perunda-ngan,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun bukan semua ahli yang meninggalkan parti itu terjebak dengan sogokan wang yang ditawarkan pihak ketiga.

“Sebahagian ahli yang keluar ada berikan alasan peribadi atau alasan lain,” katanya.

Mukhriz berkata, parti itu mahu menerapkan budaya lebih sihat kepada ahlinya sebagai pegangan dengan mengekang budaya makan dedak mahupun mengampu pemimpin untuk jawatan selain menolak rasuah.

2 orang berkata:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Wah ada iklan nomor togel

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.