Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LEBIH BAIK TUTUP MULUT


Pas tidak perlu buang masa isu parti lain
Pas
Pas

KOTA BHARU - Pemimpin Pas tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu yang hampir pasti tidak akan berlaku seperti menggesa Amanah dan Bersatu tidak meletakkan calon mereka di kerusi yang akan Pas tandingi dalam PRU14.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata, gesaan itu juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa Pas tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah serta pihak bersikap keras terhadap Islam.

“Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Amanah dan Bersatu tidak mengganggu kerusi Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah menegaskan hal tersebut dalam beberapa kenyataan media, yang mana pada 19 Disember 2016 beliau menyebut betapa Pas akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas tersebut.

“Turut ditegaskan adalah betapa Pas sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu per satu kerusi yang ada di negara kita, betapa keputusan Pas tidak akan tertakluk kepada mana-mana pihak dan betapa Pas akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai,” katanya.

 Menurutnya, begitu juga pada 25 Mac 2017, Abdul Hadi menyebut betapa Pas tidak bersama Pakatan Harapan kerana di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus-menerus menentang Islam dan tidak menyertai Barisan Nasional yang dibelenggu masalah dan penyakit.

Dalam kenyataan itu juga, Presiden Pas telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai BN laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'.

Berdasarkan kenyataan Presiden Pas itu katanya, tidak wajar mana-mana pemimpin Pas melontarkan apa-apa cadangan yang boleh membayangkan kesediaannya untuk menjalinkan kerjasama tidak langsung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN.


Apatah lagi menurutnya, bila pemimpin Pas, termasuk Mursyidul Amnya, Hashim Jasin, telah berulang kali menegaskan betapa Pas akan menyertai PRU 14 melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera, yang membuka pintu kepada sesiapa saja yang menerima kepimpinan Islam.

“Apakah ertinya penawaran blok ketiga yang menawarkan budaya politik matang dan sejahtera jika ia mengharapkan kerjasama blok kedua, yang 'biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah' berbanding blok pertama, untuk mengalahkan blok pertama?” soalnya.

Felo Utama, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia itu juga berkata, apatah lagi bila sebahagian besar pemimpin blok kedua itu  telah berulang kali menegaskan tekad untuk merampas kerusi milik Pas, malah untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan, termasuk menguar-uar kononnya undian untuk Pas menyamai undian untuk Umno.

“Pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan bagi memastikan kenyataan mereka konsisten dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti selain memastikan kenyataan mereka tidak bercanggah dengan konsep demokrasi,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Apa pasal blog ni subahat iklankan nombor ekor?

Anonymous said...

Iklan mcm ni blogger boleh dapat komisyen boss. PRU dah nak dekat, selain derma guna tin milo dan bank in ke Affin Bank, cara ni pun boleh dapat dana utk guna masa PRU nanti. Tebang balak suka2 hati ok jerr, takkan iklan nombor ekor haram kot?? Ini kan utk dirikan negara melayu islam takkan tak boleh? Takbirrrr.

Anonymous said...

Komisen tu sedekah pada parti untuk mendapat keredhoan......

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.