Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KO DIAM !

 
OOOOOOO INI LA PERANGAI PENGKHIANAT,
BILA PAS DIAM HANGPA KATA MACAM-MACAM,
 
BILA PAS BERTINDAK, HUH BUKAN MAIN LAGI MARAH !
 
KO DIAM, JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG
BOLEH FAHAM ?
 
 
-Pak Karamu-
 
 
Pas tidak wajar beri 'nyawa' pada BN
MOHD SANY HAMZAN

SHAH ALAM - Pas digesa supaya lebih mengetahui tuntutan menyelamatkan negara yang kini masih dilanda masalah ekonomi.

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, tidak sewajarnya Pas memberi kelebihan kepada BN dengan memburukkan serta mewujudkan persepsi negatif terhadap parti-parti pembangkang.

"Rentetan kenyataan pimpinan Pas ketika ini menggambarkan parti itu tidak berminat untuk membuat perubahan terhadap pentadbiran negara. Ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengajak rakyat memilih sama ada Pas atau Umno dan menolak parti-parti yang lain.

"Terbaru, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaacob ketika Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat di Kedah semalam berkata, tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang yang dipimpin oleh BN. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dengan memberi gambaran yang sangat negatif dengan mengatakan parti sekular sosialis akan memerintah sekiranya BN dijatuhkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berpendapat, tindakan Pas menakut-nakutkan rakyat membuat perubahan hanya memberi nafas kepada BN untuk terus mencengkam kuasa.

"Nada serta pendekatan pimpinan Pas ketika ini selari dengan pengumuman parti itu sebelum ini yang mengatakan akan bertanding kira-kira 80 kerusi parlimen sahaja secara bersendirian.

"Angka itu sudah menzahirkan sangat mustahil untuk parti itu untuk memimpin negara sebaliknya hanya bertindak sebagai pihak ketiga yang mampu mengganggu kelestarian untuk melihat satu pentadbiran baharu dibina," katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pak haram dah marah. Pas semakin karam. Muktamar pun hancus macam kartun. Ala2 pondok-pondok.
Bila dah tiada profesional yang ada lebai musang berjanggut je.
Muktamar terakhir...tiada kelas langsung.
Kesiannn

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.