Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HALAL MAKI PAN

Isu 'Jahanam Pan': Umno saja Pas tak maki
Mujahid Yusuf Rawa
Mujahid Yusuf Rawa
 
KUALA LUMPUR - Laungan 'Jahanam Pan' yang ditujukan kepada Amanah menunjukkan Pas sudah hilang identiti sebagai parti berakhlak. 

Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, lebih mengejutkan apabila perkataan itu diungkapkan di Muktamar Dewan Ulamak Pas yang merupakan dewan paling dihormati dalam Pas.

"Bagi kita, ungkapan itu boleh dianggap melampau dan biadab. Amat mendukacitakan apabila ia diucapkan oleh salah seorang perwakilan dan disambut pula dengan laungan takbir. 

"Jika Dewan Ulamak yang paling dihormati boleh menggunakan perkataan kasar begini, sudah tentu pengikut di bawah akan mengikuti. Kalau ulama pun cakap begitu, ini menunjukkan keseluruhan Pas sudah diracuni dengan budaya tidak baik," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, istilah 'Jahanam Pan' dilaungkan sebelum Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir memulakan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak Pas.


Sebelum itu, Mohd Rejab meminta semua perwakilan berdiri kerana mahu mengetuai bacaan ikrar.

Bacaan ikrar yang disampaikan dalam bahasa Arab itu disusuli laungan takbir sebanyak tiga kali, sebelum  Mohd Rejab  menyebut 'Jahanam Pan' sebaik ia berakhir.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau menjangkakan Muktamar Pas yang berlangsung ketika ini akan menjadi medan untuk memaki hamun.

"Mereka akan caci maki Amanah dan DAP, cuma satu saja mereka tidak akan maki iaitu Umno," dakwanya.

Bagaimanapun, kata Mujahid, Amanah tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas Pas kerana perkara itu di luar kawalan mereka.

"Amanah tidak terjejas apa-apa. Cuma saya harap Pas dapat gunakan cara yang lebih baik dan bersaing secara sihat, bukannya dengan pendekatan hinaan dan caci maki sebegini," katanya.

11 orang berkata:

Faizal Zainal said...

Jahanam PAN!: Maafkan mereka, doakan mereka, kata Amanah
MALAYSIA DATELINE
Kecaman Dewan Ulamak Pas terhadap Amanah dalam muktamar sayap utama parti itu semalam tidak langsung mendatangkan kesan kepada para pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan tersebut, malah naib presiden Amanah menasihati anggota parti itu supaya memaafkan dan mendoakan kebaikan terhadap mereka.

Naib presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam pesanan yang tular di media sosial mengemukakan pertanyaan, "Adakah anda semua boleh dan mampu tersenyum puas kalau ada rakan anda tersasul memaki orang lain?"

Beliau lantas memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 11 yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik; dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan; seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Hasanuddin juga memetik hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:

"Memadai seseorang dikira berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim."

Beliau juga mengingatkan tentang sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian haram atas kalian...” (HR Bukhari Muslim)

Hasanuddin turut mengingatkan ahli Amanah bahawa setiap kumpulan umat Islam mempunyai maruah dan kehormatan walaupun cara mereka tidak dipersetujui kelompok yang lain.

Malah katanya, Rasulullah s.a.w. menghalang umat Islam mencela saudara Islamnya yang lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

"Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran."

"Semoga semua yang membaca coretan sedia memaafkan mereka.

"Tuhan akan tinggikan kemuliaan dan maruah kita apabila kita bersabar, memaafkan dan mendoakan keampunan buat mereka yang melaknat dan mencerca kita," ujarnya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan 'jahanam PAN' (Amanah), diikuti laungan takbir.

“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Rejab ketika menyampaikan ucapan pembukaan yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mengecam sikap Pas tersebut sekaligus mempersoalkan sejauh mana parti yang memusuhi Pakatan Harapan itu mengamalkan 'budaya politik matang dan sejahtera' seperti yang dilaungkan.

Sementara itu, penganalisis politik yang juga pensyarah universiti awam, Dr A Zachary S memandang berat kecenderungan pemimpin Pas mengutuk dan melaknat lawan politik mereka.

Menurut beliau, perkataan 'laknat' boleh dilihat dari dua makna iaitu cerca, kutuk dan pengusiran dari rahmat Allah.

Dr Zachary menjelaskan, melaknat orang mukmin lain oleh seorang mukmin termasuk dalam perkara dosa dan Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang melaknat seseorang Mukmin, maka itu seperti membunuhnya." [HR Bukhari, 10/464]

Malah tambah beliau, Allah SWT sendiri melarang umat Islam melaknat seorang kafir secara individu.

Menurutnya, Rasulullah s.a.w. pernah ditegur Allah SWT kerana mendoa laknat Abu Jahal dan kafir Quraisy menerusi firman-Nya:

"Tidak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka atau mengazab mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim." [Ali Imran: 128]

Lan said...

Tu dia tajuk Admin ni . Fatwa halal maki Amanah . Ini sifat2 yg Ulamak dalam PAS ajar ahli2 PAS ke sekarang ni dalam usrah2 . Macam dah hilang identiti Isalam dah ni .

Azim Alias said...

Allahhuakbar.. hebat betul admin nie.. azab Allah Taala langsung tak gentar

Anonymous said...

Bang, kau jgn taktau pulak, pak karam ni ahli syurga laa.

Anonymous said...

Pak karam ketua pengarah parti fulusikom

Anonymous said...

NAK PUTUS DGN PKR PUN AMBIK MASA BERTAHUN2. GILA....

Roslan Omar said...

Kalau nak cepat. kau suruh pkr yg putuskan. kah3 pkr ada berani ke.

Anonymous said...

tu bukan maki. tu doa minta pan jahanam. kalau itu kau nak bising, cerita pun ada tajuk 6 jahanam. JAHANAMLAH PAN YA ALLAH.

Anonymous said...

Parti Islam konon. takde moral langsung.
Bertambah semangat nak lihat pas rebah tersungkur. Amiin

Anonymous said...

Jahanam bagi orang sebelah pantai barat/utara bermaksud lingkup atau rosak. Bukan maki hamun. Kalau tak faham jangan nyibuk la. Pergi jahanam la Pan. Pergi lingkup la Pan...

Anonymous said...

Ko nak cepat ya... pi suruh sultan pecat exco pas di selangor.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.