Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OK,OK, ADAM KALAH KETUA PEMUDA DIA TERUS TINGGALKAN PAS MACAM GENG PENGKHIANAT ?


 

 Adam Rosly tinggalkan Pas sebab kalah

Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
 
SHAH ALAM - Pas Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes memiliki kemewahan luar biasa merupakan bekas ahli parti Islam itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad  berkata, Adam mula menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda Pas kawasan Ampang.

"Dulu Adam memang ahli Pas Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar Pas masuk PKR," katanya.

Iskandar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa  bahawa Adam merupakan bekas ahli Pas.


Sinar Online hari ini melaporkan, Rafizi dipetik sebagai berkata,  Adam terlebih dahulu menyertai Pas sebelum menyertai PKR pada 2010.

Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly ditahan SPRM]

Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dengan kesalahan yang dilakukan Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan akan dijadikan modal politik oleh pihak musuh termasuk Umno dan Pas.

Semalam, Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.


Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Itu semua tak penting. Yang penting kelantan dapat pemerintah baru tak Kira BN atau PH. Pemerintah baru lebih adil, lebih cerdik dan mengutamakan keperluan rakyat. Biarkan pas tertonggeng Dan hanyut ke laut until selama2nya supaya rakyat terbela dan tidak tertindas dgn balak yg kini semakin pupus. Rakyat dah muak dgn hadiah teh tarik di sungai kelantan hingga nak minum teh tarik pun dah tak lalu. Rakyat nak highway dan bukan teh tarik.

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Bbelum menang lagi ko dah kata pemerintah baru lebih cerdik .adil dan sbgnya.. kan bangang namanya tu..

Anonymous said...

In Sha Allah. Yg baru akan lebih cerdik dan adil berbanding yg ada kini. Sabarlah rakyat kelantan. Masanya tak sampai setahun lagi.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.