Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI CALON PADA PRU 14 DIPERLUKAN PAS SETELAH PAS&PKR PUTUS HUBUNGAN

Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara
 Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara
- Foto Sinar Harian
 
ALOR SETAR - Semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail.

Sebaik perbahasan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari selesai, Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail bertanya kepada perwakilan dan kesemuanya bangun menyatakan sokongan dengan melaungkan, ‘setuju’ beramai-ramai.

Terdahulu, pada pembentangan usul, Zulkifli merujuk kepada perlembagaan Pas, Fasal 5 (Tujuan Pas), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan) sebagai hujah agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.

“Majlis Syura Ulamak menetapkan syarat Tahaluf Siyasi, antaranya tahaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam,” katanya.

Menurutnya, dasar-dasar Islam hendaklah dipertahankan, Intima’ diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam dan bukan kepada pakatan tahaluf.

“Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah, di mana matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan tahaluf secara mutlak,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkifli bersetuju mandat membuat penilaian terhadap tahaluf mestilah diputuskan Majlis Syura Ulamak.

“Keputusan muktamad tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan Pas. Apa sahaja keputusan akan dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak pelanggaran syarat sepanjang tempoh berlangsungnya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR, yang boleh dibuktikan melalui beberapa kejadian, antaranya penglibatan PKR menyokong calon Amanah menentang Pas pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Kegagalan PKR memberi sokongan kepada usaha Pas memperkasakan mahkamah syariah melalui pindaan akta 355, seolah-olah bersama dengan pendirian DAP yang menentang pindaan akta itu.

“Kenyataan pimpinan PKR secara terbuka memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap Pas sekaligus tidak menunjukkan setiakawan. Sehubungan itu, kami usulkan tahaluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan,” katanya, disusuli sorakan gemuruh perwakilan.

“Islam mengajar kita patuhi perjanjian dan tidak boleh dilanggar  sewenangnya. Hendaklah pihak terbabit hormati isi perjanjian, tidak khianati dan tidak bantu musuh Islam. Kita tegas terhadap tahaluf jika ada  rakan yang tak patuhi syarat,” katanya.

Menurutnya, Pas perlu tegas berdepan dengan rakan tahaluf yang cuba mewujudkan gelombang sekular sosialis yang berbahaya kerana ia merupakan aspek ekstremis.

Usul itu dibawa bersama Pas kawasan Bandar Tun Razak, Beruas, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat dan Dewan Ulamak Pas Pusat.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ooo....patut pun nak putus, rupanya sudah mula gila jawatan dunia. Kalau nak jadi calon kena banyak bodek dan ampu presiden sebab baru boleh dapat tauliah. Patutlah dalam muktamar sekarang ramai pewakilan sibuk dengan ayat-ayat mengampu tapi kurang pula surah-surah dakwa dan bersyukur. Penghinaan dan maki hamun sudah menjadi budaya dalam muktamar selepas muktamar dimulakan laungan keramat 'Jahanam PAN'.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.