Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ha,ha,ha, SETIAUSHA PKR PENDEK AKAL, LANGSUNG TAK CERDEK !

 SETIAUSHA PKR BODOH TIDAK
SEBARANG TANGGUNG !!!

HORAS BAYYYYYY !
BANGANG PUNYA MANDAILING !


-Pak Karamu-
 
 
 
Exco Pas tak perlu letak jawatan kerajaan Selangor
Muhammad Khalil Abdul Hadi
 
Muhammad Khalil (tengah) pada sidang media, hari ini.

ALOR SETAR – Tiada keperluan untuk semua ahli Pas termasuk Exco Pas di Selangor meletakkan jawatan sekiranya Pas membuat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, kata Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, bukan PKR yang melantik exco-exco Pas di Selangor dan secara faktanya kerusi PKR pun lebih sedikit berbanding kerusi Pas di negeri itu.

“Exco dalam kerajaan Selangor tidak dilantik oleh PKR ataupun DAP, mereka mesti meneruskan kerja mereka untuk rakyat di Selangor.

“Kalau putus hubungan dengan PKR bermakna masing-masing akan bekerja untuk rakyat, bukan untuk parti semata-mata,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, exco Pas akan bekerja untuk rakyat dan ia adalah amanah daripada parti serta tidak ada sebab untuk pimpinan Pas mengikut telunjuk PKR.

Anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata demikian sebagai menjawab kenyataan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyarankan supaya semua ahli Pas melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor jika parti Islam itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Ditanya bagaimana Pas nak mengatasi perpecahan undi pembangkang pada PRU14 nanti, beliau menjelaskan bahawa tahaluf siyasi itu adalah bersifat fleksibel dan bukan statik.

“Sebab itulah kita perlu lihat ia dari semasa ke semasa. Apa yang penting dalam tahaluf siyasi dan dipersetujui oleh Pas. Di sana ada syarat-syaratnya dan yang paling penting sekali mesti mengukuhkan Islam.

“Sekarang ini kita dengan Gagasan Sejahtera dan kita akan perkasa memperkasa Gagasan Sejahtera. Kita sudah ada parti sedia ada dan saya percaya akan ada pengumuman-pengumuman dalam masa terdekat apabila mungkin ada penyertaan daripada parti-parti lain,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Ya mmg tak cerdik, sama mcm presiden pas.

Lan said...

X cerdik x apa ...tapi istiqamah lawan BN . Kalau cerdik pun nak buat apa ...dah boleh menang p bagi BN kuat

Faizal Zainal said...

Komen KP PAS yang baru memang WIN😆😆😆😆😆😆😆😂😂😂😂😂😂😂😂😂

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.