Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBARANG PENENTANGAN ISLAM KITA WAJIB SERANG BALAS HABIS-HABISAN


KETUA MUSLIMAT JANGAN PANDAI CAKAP SAHAJA.
APA KITA FAHAM ISLAM TELAH DISERANG
DENGAN BERBAGAI CARA OLEH PUAK
KAFIR, TAK DENGARPUN MUSLIMAT
BERSUARA ! 
 
MUSLIMAT JANGAN PANDAI CAKAP
KAT MUKTAMAR SAHAJA,
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Islam lebih penting dari undi
Muktamar Pas 2017

ALOR SETAR - Ketua Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh berkata, ketegasan parti itu dalam mengutamakan kepentingan Islam daripada meraih undi merupakan satu keputusan yang tepat. 

"Ketegasan kita untuk lebih utamakan kepentingan Islam mengatasi undi adalah satu prinsip yang terbukti tepat. 

"Keputusan itu bukan sahaja menepati kehendak ALLAH SWT malah mendatangkan kesan positif di hati para pengundi," katanya dalam ucapannya sewaktu Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Malaysia ke-57 di Kota Sarang Semut, Kedah. 

Tambahnya lagi, beliau menyambut positif kemasukan ahli-ahli baru daripada golongan muda. 

"Terdahulu, kita diuji dengan krisis pertembungan dalaman yang membawa kepada penubuhan parti serpihan namun kita tidak ambil masa yang panjang untuk kembalikan semangat dan kekuatan ahli. 

"Kita juga telah menerima kemasukan ahli-ahli baru yang ramai terutama daripada kalangan generasi muda dalam tempoh yang singkat. 

"Mudah-mudahan, ini merupakan barakah kepatuhan kita kepada ALLAH SWT serta kesetiaan dan keyakinan kepada panduan kepimpinan para ulama," katanya lagi. 

Sementara itu, Nuridah menunjukkan reaksi positif untuk menghadapi PRU14 kelak. 

"Walaupun ujian PRU14 masih belum kita tempuhi, namun riak-riak sokongan berdasarkan kajian menunjukkan anjakan sokongan rakyat khususnya para pengundi Islam," tambahnya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

ceh bila x kawan ngan dap, lagu nyanyi2an mcm gempak sungguh, mcm anak jantan betol..
padahal dulu pun kenal dah dap tu sapa, tapi kawan gak ngan dap, buat bodoh wat2 x kenal.. sebab nak undi.. hehe
sekarang buat2 memang kenal dah dap tu sapa, sebab tu x kawan dah..hehe
padahal sebenarnya pasal abang lim belum pujuk rayu pas lagi..bukan pasal pas x nak undi.. hehe
korang tengokla esok2 dap main wayang pujuk rayu pas, pas akan eksen la ngan parti pan bahawa dap lebih menyintai pas sebenarnya hehehe.. ko tengok masa tu pas tinggal umno gitu je sok insyaAllah.. bukan x biase hehehe

Anonymous said...

Aku peduli apa dgn pas. Aku dah keluar pas. Aku tak mau subahat dgn penunggang ugama.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.