Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMBOYAN TAKBIR BERKUMANDANG DI KEDAH !

TUNGGU APA KEPUTUSAN YANG TERBAIK !!!
 
MENGAMBIL KIRA PANDANGAN ISLAM SEBAGAI KEUTAMAAN !
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Politikus tunggu impak muktamar
Politikus tunggu impak muktamar

ALOR SETAR - Sebahagian besar jalan-jalan utama negeri Kedah dihiasi bendera Pas bagi menyambut kehadiran para perwakilan dan pemerhati seluruh negara ke Muktamar Pas ke-63, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.

Kali terakhir muktamar diadakan di negeri Jelapang Padi adalah pada 2006, dua tahun sebelum PRU12.

Namun pastinya situasi ketika itu jauh berbeza dengan masa kini, di mana peranan media sosial, cyber trooper parti masing-masing lebih agresif menyerang dan menangkis segala tohmahan.

Muktamar Pas kali ini dinantikan ramai pihak yang mahu melihat sejauh mana kekuatan parti itu mahu berdiri sendiri atas pentas politik, pencatur politik tanah air begitu ghairah mahu melihat hala tuju Pas mendepani isu politik semasa tanpa sokongan rakan-rakan pembangkang lain.

Mampukah Pas mencipta kegemilangan tersendiri atau bakal tersungkur pada PRU14, ia bergantung kepada beberapa percaturan yang akan diputuskan pada muktamar ini.

Politikus tempatan tidak sabar menantikan keputusan muktamar, untuk melihat bagaimana Pas menangani isu tahaluf siyasi; apakah kaedah berkesan memperkasakan blok Gagasan Sejahtera (GS) serta persiapan PRU14.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, agenda muktamar bukan sahaja bertumpu pada hubungan antara parti, sebaliknya berkaitan dengan perkara Islam, polisi ekonomi negara yang menekan rakyat seperti sistem percukaian GST, rasionalisasi subsidi petrol/diesel, serta isu integriti kerajaan.

“Antara topik yang akan dibahaskan perwakilan termasuk persediaan negeri-negeri tertentu untuk ditadbir Pas jika diberikan mandat oleh rakyat termasuk di Kedah,” katanya.
Tiup semboyan PRU14.

Muktamar kali ini juga menyaksikan jawatan presiden dan timbalan presiden dianggap syura oleh semua ahli Pas, apabila diumumkan menang tanpa bertanding oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Namun, terdapat pertandingan bagi jawatan naib presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang menyerlahkan amalan demokrasi dalaman parti itu masih subur.

Pas dijangka mendapat kepimpinan baharu selewatnya 30 April atau 1 Mei melalui kaedah pemilihan secara ‘e-voting’.

Bagi pemilihan di peringkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 anggota jawatankuasa, manakala peringkat sayap, melibatkan ketua, timbalan dan naib.

Ahmad Fakhruddin berkata, ahli parti yang memiliki pelbagai kepakaran akan membantu presiden menterjemahkan hasrat parti selaras dengan syariat berasaskan saluran betul.

“Muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diadakan serentak memperlihatkan tiada pertandingan di peringkat tertinggi dewan selain kematangan ahli untuk beri komitmen tinggi menjelang PRU14,” katanya.

Menurutnya, muktamar kali ini diharapkan dapat membuahkan suatu keputusan terbaik demi untuk kemaslahatan ummah serta pengukuhan organisasi Pas.

“Muktamar ini juga sebagai platform penting mencatur strategi berdepan PRU14. Inilah medan  terbaik meniupkan semangat dan motivasi untuk ahli fokus pada matlamat, khususnya merampas semula Kedah,” katanya.

Adakah muktamar kali ini juga berlaku tsunami dalam diam, kemungkinan wujud golongan kecewa kerana tidak mendapat tempat pada pemilihan parti dan mengambil keputusan beralih arah kepada parti serpihan Pas, Amanah, seperti yang berlaku sebelum ini.

Atau kejutan lain akan berlaku melibatkan hubungan bersama Umno, di mana Pas kebelakangan ini di canang mesra-Umno?

Bagaimana pula ketegasan Pas terhadap pendiriannya berhubung hubungan dingin DAP, keterbukaan Bersatu serta musuh tradisi BN?

Ahmad Fakhruddin sebaliknya yakin kesemua isu yang dibangkitkan tidak akan berlaku.

Muktamar ke-63 berlangsung pada 27 April hingga 1 Mei, dihadiri 1,200 perwakilan. Muktamar Dewan Ulama pada 27 April di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop; Muktamar Dewan Pemuda dan Muslimat juga berlangsung serentak di Kompleks Pas Kedah. Manakala Muktamar Pas Pusat bermula pada 29 April.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pakkaram...bolih tompang iklan ramalan no.4D dan Toto bape kena bayo.

Anonymous said...

Politikus tempatan tidak sabar menantikan keputusan muktamar, untuk melihat bagaimana Pas menangani isu tahaluf siyasi; apakah kaedah berkesan memperkasakan blok Gagasan Sejahtera (PIGS) serta persiapan PRU14.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.