Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU PASAL LA JANGAN MEMANDAI-MANDAI BUAT ANALISA BODOH

LAIN KALI PAKAI AKAI, JANGAN PAKAI OTAK
MULA-MULA HANTAM PAS, LEPAS TU ORANG YANG SAMA
DALAM INvOKE BUAT ANALISA, JUGA HANTAM PAS
TU, CERDEK KE BANGANG NAMANYA ?
-Pak Karamu-
Pas tidak boleh ketepikan pandangan luar
 Dr Rusdi Omar
Dr Rusdi Omar

KOTA BHARU - Ketika mana Pas masih ghairah dengan mood muktamarnya, parti itu tidak boleh membakul sampahkan dan mengetepikan sahaja dapatan kajian Invoke baru-baru ini.

Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar berkata, biarpun hangat dengan pelbagai isu yang dibangkitkan di Kedah, parti pembangkang kena sedar, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru nanti sudah pasti keputusan akan memihak kepada BN.

“Saya berpandangan, parti pembangkang kena sedar dan jangan terlalu yakin dengan kekuatan parti mereka masing-masing. Pas sebagai contoh sepatutnya kena ambil iktibar mengenai kajian ini.

“Mereka janganlah memperkecilkan atau kurang percaya tentang kajian-kajian seperti ini kerana setiap kajian penyelidikan, pelbagai method kajian boleh digunakan yang bertujuan mengesahkan reliability dan validity sesuatu kajian,” katanya.

Selain itu katanya, sama ada pendekatan politik sejahtera dan matang boleh direalisasikan oleh Pas bagi mencapai kemenangan nanti juga bergantung kepada sejauh mana kekuatan jentera pilihan rayanya.

Keadaan ini katanya, boleh diibaratkan seperti pendekatan ‘harakiri’ Pas sama ada mereka boleh ‘survive’ atau sebaliknya dalam kancah politik Malaysia yang terlalu banyak kucahnya.

“Sama ada Pas akan mencapai kejayaan yang lebih baik atau tidak dengan bertanding bersendirian nanti, hanya ALLAH SWT boleh tentukan. Jika diimbas dari segi sejarah kemenangan Pas, kalau mereka bersendirian adalah agak mengecewakan berbanding bila mereka bekerjasama dalam pembangkang,” katanya.

Menurutnya, pendekatan Pas dengan cara Pas atau sebaliknya, Pakatan Harapan dengan caranya menunjukkan ketidaksepaduan antara mereka.

"Bila ini berlaku, parti-parti yang ada dalam pembangkang merasakan mereka hebat dan ia ditunjuk dengan gelagat kurang cerdik dalam tindakan pemimpin-pemimpin mereka,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, Pas merasakan mereka boleh menang sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti walaupun kebanyakan penganalisis politik berfikir sebaliknya.

Katanya, biarpun pemimpin Pas secara realitinya tahu akan berdepan kekalahan pada PRU14 nanti sekiranya bertanding bersendirian, tetapi mereka tekad bertanding, dengan prinsip kalah dan menang adalah perkara biasa, yang penting adalah reda ALLAH SWT.

“Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad baru-baru ini berkenaan parti itu yang akan bertanding sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen pada PRU14, ia sebenarnya tidak sedikit pun memberikan jaminan bahawa parti itu akan mencapai kemenangan lebih besar berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Pas mahu menang dengan lebih banyak kerusi, parti itu mesti merampas kerusi daripada BN dan tidak mungkin boleh menang di kawasan majoriti Cina yang dimenangi oleh DAP, ataupun kawasan campuran yang dimenangi oleh PKR.

7 orang berkata:

Anonymous said...

pas paling tersepit sekarang ni.. pas memang x suka umno, tapi abg lim x pujuk2 pas.. abg lim lebih sayang isteri baru iaitu parti pan hehe.. pas menderita tersepit.. hari2 pas tunggu abang lim pujuk pas.. hahaha

Anonymous said...

Kepala buto

Anonymous said...

Demi kebaikan rakyat selangor, diharap pas dapat keluarkan exconya dari kerajaan selangor. Adun pkr juga perlu lompat parti dan keluar pkr. Kerajaan campuran pas dgn BN lebih baik untuk makmurkan rakyat. Proses ini mesti disegerakan. Kami rakyat marhaen akan memberi sokongan

Anonymous said...

pas kesian.. dia cakap besar je tu cakap nak gerak sorang2 pun xdahal..dia cakap besar je tu, padahal hari2 tunggu abg lim pujuk hehe.. tu kadang2 pas bawak meroyan tu hihi..
pas memang x suka umno.. tggu abg lim pujuk je ni ha..abg lim pulak buat bodoh hihi

Anonymous said...

Dia tunggu abang bijan offer dedak la

Anonymous said...

Parti lebai kera sumbang.

Anonymous said...

Hahahahaha terbaik.... Jahanam PAN

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.