Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHFUZ SESUAI MASUK BERSATU SATU TONGKANG NGAN MAHADHIR

'Mahfuz sedang cari tempat bergantung'
Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa kedudukan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam parti itu tidak mempunyai peluang yang cerah.

Menurutnya, Mahfuz seolah-olah tidak tahu hendak membuat keputusan.

"Saya sebenarnya kesian tengok sebab beliau (Mahfuz) tak tahu ke mana dan mencari tempat untuk bergantung.

"Namun, bagi saya beliau sudah buat silap. Kalau duduk elok-elok kat Pas, peluang beliau lebih cerah," katanya ketika temubual eksklusif bersama Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium Malawati menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.

Tambah Mohd Amar lagi, beliau melihat bahawa sebab utama Mahfuz masih kekal dengan bai'ah dan sumpah sumpah Pas.

"Saya rasa dia ni takut dengan bai'ah dan sumpahnya sebab itu beliau tidak berani keluar dari parti dan menunggu untuk dipecat.

"Namun, kalau beliau sertai Amanah, secara automatik beliau akan terkeluar daripada Pas sebab dalam Perlembagaan jelas mengatakan jika ahli menyertai parti lain, akan dikeluarkan serta-merta," tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau tidak mengulas lanjut sama ada tindakan akan dikenakan pada Mahfuz.

"Kami ahli jawatankuasa Pas pusat tidak masuk campur urusan ahli jawatankuasa disiplin ini, tugas kami hanyalah menyediakan bahan bukti sahaja" katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau berani pecat je le Mahfuz tu..jgn jd lebai pondan. Cakap serupa org munafik.

Anonymous said...

Terbaik saudara Mahfuz.
Sokongan tetap ada.

Anonymous said...

Berpolitik untuk mencari keredhaan Allah adalah lebih baik berbanding berpolitik mencari 'tempat'.
Tahniah

Anonymous said...

Asal jgn berpolitik utk menipu Allah dan ahli2 parti dgn peralatkan Islam dan gadai agama 90juta.

Anonymous said...

Biasanya golongan yang cuci tong taik akan berada di luar tong taik tapi ada pula parti nak cuci tong taik masuk dalam tong taik.

Anonymous said...

Jgn mencari keredaan Allah dgn mempercayai fitnah rpk dan menyebarkan kepada seluruh umat di dunia. Kang kat akhirat tak larat nak pikul saham yg rpk bagi free. Awak tu pak2 lebai.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.