Kerajaan berusaha membantu meringankan beban rakyat dengan pelbagai
bantuan serta subsidi. BRIM dah bagi, amanah ikhtiar dah bagi, bot nelayan dah bagi, hangpa tak tau nak bersyukur ke ? elaun menteripun dah kena potong, itulah pengorbanan kami, sebab tu rakyat kena la berkorban pulaaak, masa pilihanraya memang kami ada kata rakyat didahulukan tapi tu mungkin tersilap la pulaaaak ! - Pak Karamu
Usah nilai kerajaan melalui kenaikan harga
GEORGETOWN - Rakyat diminta menilai kerajaan secara keseluruhan bukan
hanya bersandarkan satu dua perkara termasuk kenaikan harga barang.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kerajaan selama ini berusaha membantu meringankan beban rakyat dengan pelbagai bantuan serta subsidi.
Langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi secara berperingkat yang didakwa punca kenaikan harga barangan pula akan diguna antaranya untuk pembangunan sektor kesihatan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bantuan Persekolahan 2014 anjuran Pemuda Umno Balik Pulau, di sini hari ini.
Mengulas mengenai perhimpunan haram di ibu negara malam semalam, Dr Hilmi berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sedia ada sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menukar kerajaan, iaitu menerusi pilihan raya bukan berhimpun menimbulkan kekacauan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment