2/06/14
Ini punca DAP kalah
KUALA
LUMPUR: Antara faktor besar yang menyebabkan kekalahan Pakatan Rakyat
(PR) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah disebabkan oleh
jatuhnya sokongan kaum Cina dan India, kata Ketua Strategi Pilihan Raya
DAP Dr Ong Kian Ming.
Walau bagaimanapun, Dr Ong berkata PRK
kali ini menampakkan peningkatan sokongan kaum Melayu yang walaupun
sedikit, masih dilihat sebagai tanda positif.
“Sokongan kaum Cina untuk DAP sebanyak 15% dari 85% ke 70% dan ini adalah unjuran yang paling pesimis.
“Ini agak mengejutkan memandangkan
sambutan yang positif yang diterima dari pengundi Cina semasa tempoh
kempen termasuk ceramah raksasa pada hari terakhir kempen.
“Undi kaum India pula jatuh 10% dari 62% semasa PRU ke 13 ke 52% pada PRK ini, dan sekali lagi, ia unjuran yang paling pesimis.
“Jika terdapat tanda positif di dalam
keputusan ini, ia adalah sedikit kenaikan dalam sokongan orang Melayu
iaitu sebanyak 3% daripada 25% pada PRU ke 2013 kepada 28% pada PRK ini.
“Di dalam enam pusat pengundian majoriti
Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam penyokongan keseluruhan
iaitu daripada 0.7% kepada 3.4%, dan ini suatu tanda yang menggalakkan
memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu untuk meningkat,"
katanya di dalam satu kenyataan media.
Dr Ong berkata antara faktor lain yang
menyebabkan kekalahan partinya di Teluk Intan adalah faktor kaum serta
tempat lahir kedua-dua calon, janji pangkat Menteri untuk calon BN,
pemberian ‘saguhati’ oleh BN, janji untuk membawa pembangunan dan kadar
keluar mengundi yang lebih rendah.
“Di peringkat Kebangsaan, impak isu
Hudud di kalangan pengundi Cina, isu Hindraf seperti perletakkan jawatan
Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri, dan tarikan PR di kawasan lain.
“Isu-isu yang harus diberi perhatian oleh pimpinan kebangsaan PR,” katanya.
Dr Ong berkata antara cabaran untuk PR
adalah untuk menyediakan platform yang diperlukan untuk pemimpin muda ,
terutamanya dari masyarakat Melayu untuk membolehkan mereka
membentangkan idea-idea kreatif dan dasar-dasar yang boleh dipercayai
untuk meyakinkan pengundi muda bahawa mereka adalah lebih baik daripada
BN untuk menerajui negara di masa hadapan.
“Di Teluk Intan, Dyana menyebabkan
kegembiraan and keterujaan terutamanya di kalangan orang Melayu yang
muda. Oleh kerana pencalonan Dyana , pelajar UiTM bercakap tentang DAP
itu dan tidak semestinya dengan cara yang negatif.
“Marina Mahathir memuji Dyana kerana
dapat berfikir dan menulis. Di peringkat tempatan, Dyana mendapat
sambutan besar dari kalangan kanak-kanak dan juga anak-anak muda di
mana-mana beliau pergi.
“Walaupun kebanyakkan mereka bukanlah
pengundi, namun, mereka bakal menjadi pengundi di masa akan datang dan
Dyana berada di dalam lebih kedudukan yang lebih baik untuk memenangi
hati mereka,” katanya.
Beliau menambah DAP mungkin telah kalah
di Teluk Intan, tetapi dengan cuba untuk memecahkan halangan kaum dan
jantina, jalan baru telah dibuka.
"Saya yakin selepas pilihan raya kecil
ini , lebih ramai lagi orang Melayu yang muda akan melihat DAP sebagai
saluran untuk aktiviti politik mereka.
“Saya yakin bahawa lebih ramai orang muda akan menyokong perjuangan Pakatan untuk beralih daripada politik berasaskan kaum .
“Cabaran PR ialah untuk memimpin jalan menghala ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang.”
0 orang berkata:
Post a Comment