22/06/14
Hishammuddin sangkal laporan Kapten Zaharie suspek utama kehilangan MH370
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United
Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek
utama di sebalik kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Hishammuddin berkata, perbuatan akhbar
terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak
bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.
"Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu.
"Jika ada asas, pihak tertentu di UK
kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya serta
tidak perlu heboh di akhbar," katanya
Hishammuddin yang juga Menteri
Pertahanan berkata, Malaysia sentiasa konsisten daripada awal mengenai
apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu
diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta
badan tertentu.
Jelas Hishammuddin, kesahihan sebarang
perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu
keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan
penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment