turday, June 21, 2014
Anwar dibenar keluar IJN
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dibenar pulang selepas dua hari mendapatkan rawatan
di Institut Jantung Negara (IJN).
Anwar menerusi laman mikro Twitternya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan IJN di atas khidmat
cemerlang yang diberikan.
"Alhamdulillah, saya dibenar pulang.
"Ke program kuliah (Asian) Renaissance di Puchong," tulisnya beberapa minit kemudian.
Anwar dijadualkan hadir ke program ceramah Asian Renaissance di Bandar Puteri Puchong jam 2.30 petang ini.
Terdahulu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli ketika dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan Anwar dimasukkan
ke IJN namun tidak menjalani rawatan yang serius.
"Dia hanya demam biasa.. Dah boleh keluar hari ini," ujarnya.
0 orang berkata:
Post a Comment