Bot karam: 20 mangsa ditemui, 7 masih hilang
- Anggota Maritim membantu salah seorang wanita daripada 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang berjaya diselamatkan selepas bot pancung yang mereka naiki terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang semalam. - Foto Bernama
PELABUHAN KLANG - Sejumlah 20 mangsa ditemui manakala tujuh lagi masih
hilang dalam kejadian terbaharu bot pancung yang membawa 27 warga
Indonesia yang karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang, kelmarin.
Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata, enam daripada mereka kini dirawat di Hospital Banting dan Sungai Buloh.
"Tiada mangsa lemas ditemui setakat ini, tujuh masih hilang, " katanya dalam sidang akhbar.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, bot pancung terbabit bertolak dari Morib, Banting pukul 3 pagi semalam menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.
Kejadian itu berlaku dalam tempoh 24 jam selepas tragedi bot karam yang membawa 97 pendatang warga Indonesia di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kelmarin.
Sementara itu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Kedutaan Indonesia di Malaysia Herman Prayitno dalam sidang akhbar sama berkata, pihaknya sudah menghubungi waris keluarga seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Sungai Air Hitam.
Herman menasihati semua rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment