Saturday, 21 June 2014
BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA .... EDISI KANTOI NAJIB DIMALUKAN ... BERITA HARIAN KATA 10,000 WARGA KERJA SAMBUT NAJIB DIPERHIMPUNAN HARI PEKERJA DI MELAKA SEDANGKAN HAKIKATNYA TIDAK SAMPAI "1,000" ORANG?????
Taubat lahom gerenti gambar-gambar ini tidak akan diterbitkan oleh semua media arus perdana .. apakah warga pekerja sudah mulai menolak kepimpinan Najib Razak sampai begini punya teruk sambutan diberikan.
Itu pun dikhabarkan ada desakan dan paksaan untuk kakitangan kerajaan supaya hadir jika tidak angka yang turun lagi jauh merudum.
Peliknya akhbar Berita Harian dengan muka tembok tidak tahu malu boleh katakan 10,000 yang sambut ketibaan Najib Razak di Perhimpunan Hari Pekerja di Ayer Keroh Melaka pagi tadi.
AYER KEROH: Datuk Seri Najib Razak tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, sebentar tadi bagi menyampaikan amanat sempena program Perhimpunan Hari Pekerja 2014.
Ketibaan Perdana Menteri jam 10.35 pagi disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta barisan EXCO kerajaan negeri.
Pada majlis bertemakan Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi itu, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat Hari Pekerja 2014 kepada kira-kira 10,000 warga kerja membabitkan 200 jabatan kerajaan dan sektor swasta.
Perhimpunan yang diadakan itu bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara, selain mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan antara tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.
1 orang berkata:
Teramat la betoinya. Tak sampai pun 10000 org... sekitar 1500-2500 ja..itu pun dah campur ngan kakitangan awam yg diangkut dari seluruh Malaysia (terpaksa hadir kalau tak tindakan tatatertib... ingkar arahan... kena tukar tempat lain oooo ). Mangsanya termasuk aku la..
Post a Comment