Haru!!! Selepas Tangkap Khalwat, Bekas Komando Kes Altantuya Disiasat Tumbuk Polis Pulak.. Jom Terjah!!!
2:03 PM
No comments
Bekas
komando polis yang didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun
2006 lalu kini berhadapan dengan masalah sekali lagi – ditangkap khalwat
dengan wanita yang sudah berkahwin dan kini didakwa menumbuk seorang
anggota polis pula.
Kejadian
berlaku di Balai Polis Sepang malam Khamis lepas selepas beliau ditahan
kerana berkhalwat dan dibawa ke balai polis itu.
Ia berlaku dalam keadaan tangannya bergari ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut.
Bekas komando itu menumbuk muka anggota polis itu sehingga berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.
Ketua
polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata kertas siasatan
dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan
cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya.
Ketika menjelaskan perkara itu, Mohd Yusof berkata, berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.
"Polis
yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu.
Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff.
Difahamkan
satu kenyataan direkodkan daripada pengadu tentang apa yang berlaku
semasa insiden tersebut, namun tiada kenyataan direkod daripada bekas
komando itu.
"Kami akan panggil dia untuk membuat kenyataan tidak lama lagi," kata Mohd Yusoff.
Bekas
komando itu yang sebelum ini bersama Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman,
ditangkap khalwat bersama wanita sudah berkahwin di dalam unit
apartmennya di Ibu Pejabat Polis Sepang oleh suaminya pada 1.20am.
Suami
wanita tersebut, seorang anggota polis bersama unit peronda, pergi ke
unit mereka untuk memeriksa keadaan isterinya dan syak sesuatu tidak
kena apabila mendapati pintu terkunci.
Selepas memeriksa lagi, dia menjumpai bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil.
Kes ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan seterusnya.
Satu
fail disiplin juga dibuka terhadap wanita tersebut, yang juga polis,
sementara bekas komando tersebut disiasat di bawah kesalahan menumbuk
polis.
Dia juga bakal disiasat oleh Jais untuk dakwaan khalwat.
Mohd
Yusoff enggan mengesahkan jika lelaki yang ditangkap tersebut adalah
lelaki yang sama disabitkan untuk kes pembunuhan Altantuya dan
dibebaskan atas rayuan.
"Saya belum jumpanya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu," katanya.
Bagaimanapun,
laporan polis yang dibuat tertulis namanya sebagai Azilah Hadri, nama
yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri yang merupakan salah satu
daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lepas selepas
sabit kesalahan mereka bagi pembunuhan Altantuya dibatalkan oleh
Mahkamah Rayuan.
Seorang lagi komando tersebut adalah Korporal Sirul Azhar Umar.
Kebetulannya,
lelaki yang ditahan tersebut juda merupakan seorang bekas polis bersama
Skuad Tindakan Khas Bukit Aman, unit yang sama di mana Azilah bertugas
sebelum penahannya pada 2006.
Azilah
dan Sirul didakwa dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Shah
Alam pada 2009 untuk pembunuhan Altantuya, 28, di sebuah hutan simpan di
Shah Alam pada Oktober 2006.
Kedua-duanya
bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan di bawah pasukan sekuriti
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada masa itu, Najib merupakan
Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan.
Pada
Isnin, Mahkamah Persekutuan akan menjalankan prosiding dua kes
berprofil tinggi, dan salah satu daripadanya adalah rayuan pihak
pendakwa terhadap pembebasan dua anggota polis skuad tindakan khas,
Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar atas dakwaan
membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Mahkamah
Rayuan pada Ogos lepas membebaskan Azilah dan Sirul Azhar atas dakwaan
bunuh tersebut selepas sebulat suara meluluskan rayuan mereka, dan
membatalkan sabit kesalahan serta hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah
Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh
Altantuya.
Mahkamah
Rayuan, dalam penjelasan penghakiman 47 mukasurat itu menegaskan bukti
keterangan mengikut keadaan dikemukakan oleh pihak pendakwa tidak
mencukupi untuk mensabitkan mereka bersalah.
Pihak
pendakwa memfailkan rayuan mereka pada 3 Januari tahun ini, dengan 6
sebab mengapa Mahkamah Rayuan berpanel 3 hakim itu adalah salah di sisi
undang berserta bukti untuk menghalang dua polis tersebut mengelak
hukuman mati.
Pendengaran kes tersebut akan berlangsung esok.
-TMI
0 orang berkata:
Post a Comment