Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, June 21, 2014

Tuanku Zara Diperkenan Gelaran Raja Permaisuri Perak

 Orang Peghok Dapat Raja Permaisuri Baru

 
Tuanku Zara Salim diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuatkuasa Jumaat.
IPOH: Mesyuarat Dewan Negara Perak yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memutuskan Tuanku Zara Salim diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa Jumaat.

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim berkata berkuat kuasa hari ini juga, balu almarhum Sultan Azlan Shah diperkenan gelaran Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar turut memutuskan Raja Di-Hilir Perak Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Muda Perak berkuat kuasa hari ini, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

"Berkuat kuasa hari ini juga, Raja Kechil Besar Perak Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Di-Hilir Perak.
"Mesyuarat itu turut memutuskan Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dikurnia pangkat gelaran Raja Kechil Besar Perak berkuat kuasa hari ini," katanya.


Ayop berkata mesyuarat itu memutuskan tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ditetapkan pada 27 November.

Sambutan pertama ulang tahun hari keputeraan baginda akan dimulakan pada 2015.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.