Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, June 20, 2014

Sudah lama Muhyiddin pendam kecewa - Zam HARAKAHDAILY.


Photo: 20 June 2014.

Sudah lama Muhyiddin pendam kecewa - Zam

HARAKAHDAILY.

KUALA LUMPUR: Desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya.

Sejak awal minggu ini desas-desus kononnya Muhyiddin akan digugurkan selepas rombakan kabinet berlegar di alam maya.

Malah perkara tersebut didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis veteran Umno.

Muhyiddin semalam bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyerahkan kedudukan beliau kepada Najib untuk menentukan.

Beliau menegaskan, sehingga hari ini tiada sebarang isu yang dibangkitkan berhubung kedudukannya dan perdana menteri tidak pula memaklumkan apa-apa kepadanya.

Menyentuh rombakan kabinet, Zam mendakwa dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan  Gerakan.

"Dan kabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz," tulisnya. - HARAKAHDAILY 20/6/2014 KUALA LUMPUR: Desas desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya.

Sejak awal minggu ini desas-desus kononnya Muhyiddin akan digugurkan selepas rombakan kabinet berlegar di alam maya.

Malah perkara tersebut didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis veteran Umno.

Muhyiddin semalam bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyerahkan kedudukan beliau kepada Najib untuk menentukan.

Beliau menegaskan, sehingga hari ini tiada sebarang isu yang dibangkitkan berhubung kedudukannya dan perdana menteri tidak pula memaklumkan apa-apa kepadanya.

Menyentuh rombakan kabinet, Zam mendakwa dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan.

"Dan kabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz," tulisnya. -  
 
HARAKAHDAILY 20/6/2014
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.