Orang Pagoh lega Najib tak gugur Muhyiddin
MUAR - Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa
tidak ada sebarang pengguguran jawatan membabitkan Timbalannya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin melegakan masyarakat Pagoh khususnya ahli Umno Bahagian
berkenaan.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, penjelasan itu sekali gus membuktikan laporan disebarkan laman blog dan media sosial berhubung pengguguran jawatan berkenaan sebagai satu cubaan untuk meretakkan hubungan baik kedua-kedua pemimpin negara.
"Datuk Seri Najib sendiri menjelaskan tidak ada langsung timbul mengapa Timbalan Perdana Menteri perlu digugurkan. Ini jelas menunjukkan ia adalah usaha pembangkang yang mahu memecahkan gandingan baik antara kedua-dua pemimpin negara," katanya semasa berucap pada majlis penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), di sini, hari ini.
Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor bersyukur kerana masyarakat di kawasan Parlimen Pagoh tidak melatah apabila menerima khabar-khabar angin yang menyentuh pemimpin mereka sejak beberapa minggu lepas.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan masyarakat kawasan berkenaan supaya tidak mudah mempercayai laporan yang belum tentu mempunyai kebenarannya.
Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment