Monday, June 23, 2014
Runtuhnya pertahanan selatan dengan penutupan Kem Majidee..
Dalam hal yang melibatkan strategi pertahanan nampaknya Tun Mahathir telah melakukan yang terbaik buat negara kerana kebanyakkan pembangunan yang dilakukannya pertahanan negara diutamakan.
Contohnya ialah Projek Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan dan juga Putrajaya.. ada aspek yang melibatkan kepentingan pertahanan negara turut diambil kira dalam pembangunan projek-projek itu..
Kalau nak tahu lebih banyak.. rajin-rajinlah jenguk Blog Military of Malaysia yang ada kat blogroll kat sebelah kanan tu..
Malangnya bila pentadbiran beralih tangan kepada Pak Lah dan seterusnya Najib pula.. habis kem-kem tentera baik yang ada diutara daan selatan semenanjung dikorbankan atas nama pembangunan..
Laporan berkaitan..
Selepas "berkhidmat" selama 74 tahun mempertahankan selatan tahanair daripada ancaman luar, akhirnya Kem Majidee yang merupakan di antara kem tentera tertua di negara ini ditutup secara rasmi semalam (Sabtu).
Kem yang dibuka pada 1940 dan menjadi sebahagian daripada strategi pertahanan negara, juga menjadi "rumah" kepada kumpulan rekrut pertama Grup Gerak Khas atau komando Tentera Darat.
Selepas lebih tujuh dekad menabur bakti, akhirnya Kem Majidee yang menjadi simbol kepada Johor Bahru menjadi mangsa terbaru pembangunan apabila tanah yang menempatkan kem terbabit ditukar menjadi projek hartanah komersil dipanggil "South Key".
Projek South Key itu dibangunkan oleh syarikat Selia Pantai Sdn Bhd yang merupakan usahasama di antara syarikat Tasek Zamrud Sdn Bhd dengan KPRJ Sdn Bhd.
Ia akan diuruskan oleh Southkey Properties Sdn Bhd, anak syarikat Selia Group.
Kira-kira 2,500 anggota tentera yang menghuni kem bersejarah itu telah dipindahkan secara beransur-ansur ke beberapa kem di seluruh Johor termasuk ke kem baru di Banang, Batu Pahat bernilai RM120 juta.
Pengguna laman sosial Facebook rata-rata mengkritik penutupan Kem Majidee itu dan menyifatkan kerajaan telah menutup kem yang dianggap amat penting untuk pertahanan negeri Johor.
Kementerian Pertahanan dan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dipersalahkan terhadap nasib yang menimpa Kem Majidee itu.
Alizan Mat Ripin di dalam komennya berkata, penutupan Kem Majidee itu menyusul penutupan lain-lain kem di seluruh negara seperti Kem Sungai Besi dan Pengkalan Udara Butterworth yang juga bakal menerima nasib yang sama.
"Semua mainan orang politik yang tidak tahu apa-apa tentang strategi pertahanan. Kem Sungai Besi dan Butterworth semuanya sudah dilelong di atas nama pembangunan, kepentingan strategik pertahanan negara diketepikan," katanya.
Seorang lagi pengguna laman sosial itu, Afandi Mohd Najib pula hanya mampu berkata, "...sayang sepatutnya (Kem Majidee) dikekalkan, kerana kedudukannya amat strategik berdekatan dengan sempadan."
Ida Deen pula berkata, tanah kem terbabit tidak sepatutnya dijual kerana amat bersejarah dan perlu dikekalkan bagi generasi akan datang.
"Tidak sepatutnya dijual, perlu dijadikan muzium bagi mendidik anak-anak bangsa," katanya.
Pengguna Facebook dengan nama Adah Daud pula berkata, apa yang pasti kem dan kawasan sekelilingnya yang dihuni oleh bangsa Melayu sebelum ini akan mengalami perubahan dan diambil alih oleh bangsa lain.
"Tidak akan ada lagi bangsa Melayu di Majidee selepas ini kerana harga hartanah yang dijual sudah semestinya mencecah jutaan ringgit," katanya. -- MalaysiaGazette
1 orang berkata:
Bsguih la jadi lagu tu. Dulu korang dok pulun sokong mcm la kalau puak tu kalah orang melayu mampuih kebuloq tak makan... habih tanah johor bole kat Cina.he he he... la ni sapa yg bagi tanah tu kat Cina??? kg chubadak tanah melayu di 'bulldozed' nak bg kat Cina.. skrg tanah Kg Melayu Majidee pun dah tak lama lagi jadi hak milik Cina! HIDOOOOOOP MELAYU... hidup merempat di tanah sendiri!
Post a Comment